suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu gila bersosial, kini lebih suka menyendiri... Lelaki 30-an tiba-tiba hilang minat jumpa kawan

Faktor peningkatan usia turut mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk lebih suka menyendiri. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 30-an berkongsi perubahan sikap dirinya yang dahulunya seorang ekstrovert, namun kini lebih selesa menyendiri walaupun berada dalam majlis sosial seperti kenduri.

Menerusi perkongsiannya di platform Threads, individu tersebut menceritakan pengalaman menghadiri sebuah jemputan kenduri seorang diri.

Bukannya mencari rakan, dia sebaliknya memilih untuk duduk jauh di sudut dewan bersama orang yang langsung tidak dikenali sebelum mengambil keputusan pulang lebih awal daripada biasa.

“Tak sangka terjumpa satu group kawan-kawan, tapi aku memilih untuk makan dengan strangers di hujung dewan. Lepas makan terus balik. Entahlah, rasa tak nak bergaul,” tulisnya.

Tekanan hidup turut mempengaruhi seseorang lebih selesa menyendiri. -Gambar hiasan AI

Tekanan hidup turut mempengaruhi seseorang lebih selesa menyendiri. -Gambar hiasan AI

Situasi itu turut mengundang persoalan sama ada perubahan tersebut berkait dengan faktor usia, keletihan emosi atau perubahan personaliti dari masa ke masa.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang kemudian berkongsi infografik berkaitan anhedonia iaitu keadaan seperti hilang minat bersosial atau rasa kurang menikmati aktiviti yang dulu menyeronokkan.

Ia boleh berkait dengan beberapa faktor termasuk tekanan hidup, keletihan emosi atau perubahan keseimbangan mental.

Antara tanda umum anhedonia, termasuk:

- Hilang minat dan motivasi

- Rasa ‘kosong’ atau emosi tidak stabil

- Menarik diri daripada sosial

- Kurang rasa seronok dalam aktiviti harian

Ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor seperti kesihatan mental, kimia otak dan gaya hidup.

Selain itu, tidak semua perubahan sikap sosial bermaksud masalah kesihatan mental. Kadang-kadang, ia boleh berlaku akibat:

- Penat bekerja atau burnout

- Perubahan fasa hidup

- Keutamaan masa dan tenaga yang berubah

- Keinginan untuk ruang peribadi

Kesimpulannya, peralihan personaliti daripada seorang yang ekstrovert kepada lebih introvert bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk kita mengenal pasti sama ada perubahan itu sekadar perubahan gaya hidup biasa atau sebenarnya isyarat awal kepada keletihan emosi yang lebih mendalam.

Artikel Lain