suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang 2 minggu dalam hutan, doktor kongsi proses ‘survival ekstrem’ berlaku dalam badan manusia

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga Jaslinda dilihat tidak mampu menahan sebak sebaik van yang membawa wanita itu tiba di pekarangan Hospital Tapah. -Foto Bernama

KISAH pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang selama 14 hari sebelum ditemui selamat membuatkan ramai kagum dengan semangatnya bertahan tanpa makanan dan air sepanjang tersesat di dalam hutan.

Insiden menimpa Jaslinda, 49, juga membuka mata ramai tentang keadaan tubuh manusia ketika berdepan situasi survival.

Seorang doktor dari Klinik Medina Kuala Nerus, Terengganu menerusi perkongsian di Threads berkongsi penjelasan perubatan di sebalik ketahanan tubuh badan manusia apabila tidak mendapat makanan dan air mencukupi dalam tempoh lama.

1. Kesan awal pada hari pertama hingga ketiga

Pada fasa pertama, dalam tempoh awal badan mula menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, pening dan air kencing menjadi pekat.

Lebih menakutkan, dalam 48 hingga 72 jam tanpa air mencukupi, organ mula mengalami tekanan serius.

Dalam tempoh 12 hingga 24 jam pertama sahaja, simpanan gula dalam hati sudah pun habis. 

Badan mula bakar lemak menjadi tenaga dan tapi pada masa sama, otot pun mula dipecahkan sikit demi sikit. 

Akibatnya, tubuh menjadi semakin lemah, tenaga merudum dan suhu badan boleh menurun.

Sekeping gambar tular dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gaharu.

Sekeping gambar tular memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gaharu selepas ditemui Orang Asli. 

2. Kesan hari ketiga hingga ke 15

Pada tahap ini, badan sudah bertukar mod survival sepenuhnya. Otak menggunakan ketone sebagai tenaga, namun pada masa sama, lemak dan otot terus dipecahkan.

Lebih membimbangkan, risiko gangguan elektrolit, degupan jantung tidak stabil dan tekanan pada buah pinggang meningkat.

Bagi pesakit diabetes jenis 1, keadaan boleh jadi lebih kritikal dengan risiko ketoasidosis (DKA) yang boleh membawa maut.

Doktor turut menjelaskan, walaupun manusia boleh bertahan lebih lama tanpa makanan berbanding air, faktor mental memainkan peranan besar.

Ini kerana panik dan stres boleh mempercepatkan dehidrasi serta melemahkan tubuh.

3. Tak boleh terus makan banyak

Menurutnya, apa yang ramai tidak tahu, selepas 15 hari tidak makan, individu tidak boleh terus makan seperti biasa.

Risiko refeeding syndrome boleh berlaku, iaitu keadaan di mana badan 'terkejut' menerima makanan dan boleh menyebabkan kegagalan jantung secara tiba-tiba.

Tambahnya, kejadian itu menjadi peringatan buat mereka yang gemar masuk hutan atau aktiviti hiking agar jangan sesekali ambil mudah untuk membawa air, makanan, power bank dan makluman lokasi kepada orang lain.

Dalam masa sama, doktor tersebut meluahkan rasa syukur apabila Jaslinda ditemui selamat dan berharap wanita itu terus diberikan kekuatan untuk pulih sepenuhnya selepas detik mencemaskan itu.

Artikel Lain