PENYAKIT paru-paru kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) merupakan antara masalah kesihatan yang sering berkembang secara perlahan tanpa disedari, khususnya dalam kalangan perokok tegar.Ia berlaku sebelum pesakit mula mengalami gangguan pernafasan yang serius. Perkara ini dikongsikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Kent Khaw menerusi pengalaman merawat seorang pesakit lelaki yang datang ke klinik dengan masalah batuk berpanjangan.Tabiat merokok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. -Gambar hiasanMenurut beliau, pesakit tersebut pada awalnya kelihatan biasa, namun pemeriksaan mendapati tahap oksigen dalam darah rendah serta bunyi pernafasan yang kuat di dada.Perokok tegar sejak mudaApabila ditanya, lelaki berkenaan mengakui sudah merokok sejak usia muda dengan tabiat sehingga dua kotak rokok sehari.Selepas sesi pemeriksaan lanjut, pesakit sebenarnya sudah lama mengalami simptom seperti cepat penat ketika berjalan, batuk berkahak setiap pagi serta sukar tidur dalam keadaan baring kerana sesak nafas.Beliau kemudiannya disahkan menghidap COPD, iaitu penyakit yang berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit dan paru-paru rosak secara berperingkat akibat pendedahan jangka panjang, terutamanya asap rokok.Dr Kent menjelaskan ramai pesakit tidak menyedari keadaan mereka semakin teruk kerana menganggap gejala seperti batuk dan sesak nafas sebagai perkara normal.Antara tanda awal COPDCepat penat walaupun aktiviti ringanBatuk berkahak berpanjanganNafas berbunyi atau berdehitSesak nafas waktu malamRasa ketat di dadaKerap jangkitan paru-paruMenurut beliau, COPD tidak boleh sembuh sepenuhnya, namun kerosakan paru-paru boleh diperlahankan melalui rawatan dan perubahan gaya hidup, khususnya berhenti merokok.“Jika dikesan awal, pesakit masih boleh menjalani kehidupan lebih baik. Tetapi jika lewat, kerosakan paru-paru menjadi kekal,” jelasnya.Beliau menegaskan pentingnya orang ramai tidak mengabaikan simptom awal kerana ramai hanya mendapatkan rawatan apabila keadaan sudah teruk.“Apabila nafas sendiri sudah semakin sempit, ketika itu ramai mula sedar nilai sebenar kesihatan,” katanya.