PERUBAHAN gaya hidup untuk menurunkan berat badan sering menjadi cabaran besar, terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya.Namun, dengan disiplin berterusan, ramai individu berjaya mencapai perubahan ketara walaupun bermula dalam keadaan yang sukar. Kisah seorang doktor di Amerika Syarikat (AS) ini menjadi contoh bagaimana kesedaran terhadap kesihatan boleh mengubah kehidupan seseorang.Gara-gara terlalu sibuk dengan kerjayanya, berat badan Dr Stephen Sanders pernah mencecah 118 kilogram (kg) pada tahun 2019.Detik itu menjadi titik perubahan yang membantunya menurunkan berat badan sehingga 27 kilogram dalam tempoh 15 bulan. Senaman secara berkala boleh membantu seseorang mendapatkan bentuk tubuh idaman. -Gambar hiasan AIBerikut ialah pendekatan yang diambil oleh Dr Stephen Sanders dalam usaha menurunkan berat badannya secara konsisten:1. Mengubah sepenuhnya pola pemakananDia menghentikan pengambilan makanan ultra proses dan minuman berkalori, serta mengamalkan puasa selama 18 jam setiap hari.2. Mengamalkan menu harian ringkasMakan tengah hari biasanya terdiri daripada ayam panggang atau tuna bersama sayur hijau dan minyak zaitun, manakala makan malam pula mengandungi protein tanpa lemak seperti salmon atau ayam bersama sayur bakar. Snek pula hanya yogurt Greek atau protein shake.3. Fokus pada disiplin, bukan variasi dietDia menegaskan rutin yang mungkin membosankan tetapi konsisten lebih berkesan berbanding diet yang terlalu kompleks.Pada awal proses itu, dia turut mencatat pengambilan kalori menggunakan aplikasi bagi memahami jumlah sebenar makanan yang diambil setiap hari.Pemakanan seimbang penting untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. -Gambar hiasan AI4. Pengambilan protein tinggi yang terancangDr Sanders menetapkan sasaran satu gram protein berdasarkan berat sasaran yang ingin dicapai bagi membantu proses penurunan berat badan dan pembinaan otot.5. Melakukan senamanDr Sanders melakukan senaman ringan dan turut menggunakan treadmill selama 15 hingga 20 minit sebagai rutin tetap setiap hari.6. Meningkatkan intensiti secara berperingkatLatihan kekuatan menjadi fokus utama, meningkat daripada dua hingga tiga kali seminggu kepada enam sesi seminggu.Dia memastikan dirinya mendapat rehat secukupnya dengan tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam dan berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari. -Agensi