suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutaan sperma bukan jaminan subur... 80 peratus benih seorang lelaki ‘cacat’, rupanya ada kaitan ‘kisah silam’ sebelum nikah!

Ujian air mani dapat membantu mengesan punca masalah isteri tidak hamil. -Gambar hiasan AI

RAMAI pasangan yang masih menganggap masalah kesuburan berpunca daripada wanita semata-mata sehingga menyebabkan pemeriksaan kesihatan hanya tertumpu kepada isteri.

Namun menurut Pengamal Perubatan Am, Seksual dan Reproduktif, Dr Ahmad Ramdan Zainordin, lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan kerana masalah kesuburan boleh berpunca daripada kedua-dua pihak.

Dr Ahmad Ramdan berkongsi pengalaman mengendalikan seorang lelaki berusia awal 30-an yang sudah hampir dua tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menurutnya, ujian air mani yang dijalankan mendapati lelaki tersebut mempunyai bilangan sperma yang jumlahnya berjuta, namun lebih 80 peratus daripadanya didapati cacat dan mati.

"Ujian kali kedua juga menunjukkan keputusan sama. Selama ini hanya isteri yang menjalani pemeriksaan dan disahkan normal.

"Saya tanya kenapa tidak melakukan ujian air mani lebih awal, tetapi tiada jawapan diberikan," katanya menerusi satu perkongsian.

Chlamydia adalah sejenis jangkitan kelamin yang sering berlaku tanpa gejala. -Gambar hiasan AI

Chlamydia adalah sejenis jangkitan kelamin yang sering berlaku tanpa gejala. -Gambar hiasan AI

Dr Ahmad berkata, berdasarkan reaksi si isteri, beliau memahami beban emosi yang terpaksa ditanggung selepas sekian lama berusaha mendapatkan zuriat.

Menurutnya, masih ada lelaki enggan menjalani ujian kesuburan kerana malu, ego atau beranggapan kemampuan mengeluarkan air mani sudah cukup membuktikan mereka subur.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mengalami Teratozoospermia, iaitu keadaan di mana majoriti sperma mempunyai bentuk yang tidak normal sehingga menyukarkan proses persenyawaan.

Lebih mengejutkan, analisis lanjut turut menemukan kadar sel jangkitan yang tinggi dalam sampel air maninya.

Susulan itu, ujian tambahan dijalankan sebelum lelaki berkenaan disahkan positif Chlamydia, sejenis jangkitan kelamin yang sering berlaku tanpa gejala.

Menurut Dr Ahmad, jangkitan Chlamydia boleh kekal dalam badan sehingga bertahun-tahun tanpa disedari.

"Sumber jangkitan itu datang daripada kisah silamnya sebelum berkahwin. Sukar untuk diakui, tetapi demi hubungan rumah tangga, kejujuran amat penting," katanya.

Beliau kemudian mengarahkan isteri lelaki tersebut menjalani saringan dan keputusan turut menunjukkan wanita itu dijangkiti Chlamydia.

Walaupun boleh dirawat dan disembuhkan, Dr Ahmad menjelaskan bahawa jangkitan Chlamydia yang tidak dirawat berpotensi menyebabkan komplikasi serius termasuk ketidaksuburan, jangkitan pada organ pelvis serta meningkatkan risiko kehamilan luar rahim.

Bagi lelaki pula, jangkitan tersebut boleh menyebabkan keradangan prostat serta menjejaskan kualiti sperma, sekali gus mengurangkan peluang memperoleh zuriat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang berdepan masalah mendapatkan anak agar kedua-dua pihak menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti punca sebenar dan mendapatkan rawatan seawal mungkin.

Artikel Lain