TEMPAHAN dewan merupakan antara perkara paling penting yang perlu diberi keutamaan oleh bakal pengantin dalam merancang hari bahagia mereka.Namun, bilakah waktu terbaik untuk mereka membuat tempahan dewan bagi mengelakkan sebarang masalah menjelang majlis perkahwinan? Menurut pengacara majlis perkahwinan dan acara korporat, Redha Abu Samah, tempoh 12 bulan sebelum hari bahagia dianggap waktu paling sesuai untuk mula mencari dewan.Menurutnya, kebanyakan lokasi popular sudah penuh ditempah lebih awal terutama ketika musim cuti sekolah atau pada tarikh yang dianggap ‘cantik’."Tak awal sangat ke nak book dewan setahun sebelum? Jawapannya tidak."12 bulan sebelum adalah 'sweet spot' untuk anda mula gerakkan operasi mencari lokasi," ujarnya menerusi Threads.Tempahan khidmat jurusolek juga perlu dibuat awal. -Gambar hiasan AI1. Elak masalah 'hot date' Menurut Redha, dewan yang strategik, cantik dan berbaloi biasanya sudah habis ditempah setahun lebih awal, terutama apabila melibatkan tarikh-tarikh popular pada musim cuti sekolah.Contohnya, tarikh seperti 6.6.2026 atau 26.6.2026 sering menjadi rebutan ramai.Kelewatan membuat tempahan selama dua hingga tiga bulan boleh menyebabkan pasangan terpaksa memilih hari bekerja atau lokasi yang lebih jauh dari kawasan tumpuan.2. 'Lock' harga lamaMenurut emcee itu lagi, inflasi menyebabkan harga pakej katering dan sewaan dewan biasanya meningkat setiap tahun.Namun, dengan membayar deposit lebih awal sekitar 12 bulan sebelum majlis, pasangan boleh menikmati harga kontrak semasa tempahan dibuat. Ini bermakna harga dapat ‘dikunci’ pada kadar tahun semasa walaupun majlis berlangsung pada tahun berikutnya.3. Dapat 'first team' vendor utamaBukan sahaja dewan yang cepat penuh, Redha berkata vendor popular seperti jurusolek (MUA), jurugambar dan pengacara majlis juga mempunyai slot yang terhad dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.Jadi, tempahan awal membolehkan pasangan mendapatkan pasukan utama mereka berbanding pasukan gantian atau pilihan saat akhir, sekali gus memastikan hasil kerja yang lebih memuaskan.Pemilihan lokasi penting untuk memastikan majlis yang lancar. -Gambar hiasan AI4. Elak tekananApabila urusan dewan sudah diselesaikan, kira-kira 50 peratus beban perancangan majlis akan berkurang secara automatik, sekali gus memberi pasangan lebih banyak masa untuk menumpukan perkara-perkara kecil seperti hantaran dan kursus kahwin.Ini 'timeline' ringkas untuk rujukan bakal pengantin yang boleh disimpan atau dijadikan panduan perancangan:• 12 bulan sebelum majlis: Lokasi dan katering• 9 bulan sebelum majlis: MUA, jurugambar dan pengacacara• 6 bulan sebelum majlis: Busana dan pelamin• 3 bulan sebelum majlis: Kad jemputan dan cenderamata untuk tetamu