Individu obesiti boleh memulakan langkah kecil dahulu sebelum mendaftar ke gim untuk senaman lebih berat. -Gambar hiasan AI
MEMULAKAN langkah ke arah gaya hidup lebih sihat sememangnya satu transformasi positif, lebih-lebih lagi bagi individu yang berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Ada yang mula mengawal pemakanan, bersenam, mendaftar ke gimnasium atau mendapatkan bantuan jurulatih peribadi (PT) demi mencapai berat badan ideal serta tubuh lebih sihat. Namun, seorang wanita berkata dia pernah menerima nasihat daripada jurulatih peribadinya hingga membuatkan dia tersedar tentang perkara sebenar yang perlu diberi perhatian jika mahu kurus."Dulu pernah daftar gim masa obes, kemudian PT tu cakap kalau nak kurus, gim bukan tempatnya. "Dia kata kalau nak kurus kena jaga makan saja. Tapi kalau nak cantikkan bentuk badan... ya gim memang tempatnya."Boleh datang gim jika tak mahu excess skin terlalu ketara apabila dah kurus nanti. Boleh juga buat strength training dan cardio untuk kesihatan jantung," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Masih percaya produk kurus? Wanita ini berjaya turun 14 kg dalam masa 4 bulan, tak perlu berlapar sebelum naik pelaminHantaran tular itu turut dihujani pelbagai komen, khususnya daripada individu yang pernah mengalami obesiti.Malah, netizen turut memuji sikap jurulatih itu yang bersikap berterus terang tanpa memikirkan soal wang atau keuntungan semata-mata.Menurut seorang lagi wanita, dia juga pernah menerima nasihat sama daripada jurulatih kecergasan."Ya betul. Coach saya pun cakap macam ni. Jaga makan dulu, jaga kalori, kemudian barulah datang gim."Nak buat dua-dua sekali gus pun boleh. Tapi kalau main gim tanpa jaga makan, tak jadi apa juga nanti," pesan wanita itu pula.