PERKONGSIAN seorang doktor perubatan mengenai kisah malang pemuda berusia 23 tahun yang disahkan positif HIV meskipun mendakwa baru pertama kali melakukan hubungan intim mendapat perhatian ramai.Menurut Dr Mohd Aizul Hafizi Ismail, pesakit berkenaan sukar menerima keputusan yang diperoleh ketika menjalani pemeriksaan kesihatan kerana merasakan dia bukan individu berisiko tinggi. "Pesakit lelaki berusia 23 tahun. Baru pertama kali 'celup' (hubungan intim) dengan seorang wanita yang dikenalinya menerusi aplikasi janji temu."Sebelum ini cuma 'ringan-ringan'. Tiba-tiba apabila buat pemeriksaan kesihatan, keputusan HIV positif," katanya menerusi perkongsian di Threads.HIV boleh dijangkiti walaupun kali pertama melakukan hubungan seks. -Gambar hiasanMenurut Dr Aizul, pesakit tersebut mempersoalkan bagaimana dia boleh dijangkiti HIV sedangkan itu merupakan pengalaman pertamanya serta bukan individu yang kerap bertukar pasangan."Takkan baru pertama kali dah kena? Saya bukan selalu tukar pasangan pun, antara reaksi yang pesakit tersebut," katanya.Jelas beliau, masih ramai masyarakat mempunyai tanggapan salah bahawa HIV hanya menjangkiti individu yang kerap melakukan hubungan seks atau sering bertukar pasangan.Hakikatnya, jangkitan HIV boleh berlaku walaupun pada kali pertama seseorang melakukan hubungan intim jika ia dilakukan tanpa perlindungan dan pasangannya merupakan pembawa virus berkenaan."Ramai ingat HIV berlaku sebab kerap bertukar pasangan. Sebenarnya tidak walaupun kali pertama melakukan hubungan seks."Seseorang tetap boleh dijangkiti jika tidak menggunakan perlindungan seperti kondom atau kaedah pencegahan seperti PrEP," jelasnya.Peluang HIV memasuki badanMenurutnya, HIV bukan soal berapa ramai pasangan yang dimiliki atau berapa kerap seseorang melakukan hubungan seksual, sebaliknya berkaitan peluang virus itu memasuki badan melalui hubungan seks tanpa perlindungan atau perkongsian jarum suntikan.Tambahnya lagi, orang ramai tidak boleh menilai status HIV seseorang hanya berdasarkan rupa paras, pekerjaan atau sikap mereka."Anda tidak akan tahu seseorang itu pembawa HIV hanya dengan melihat wajah, kerjaya atau personalitinya."Malah, ada kemungkinan pasangan pertama yang ditemui itu sebenarnya pembawa HIV dan terus menjangkiti pasangannya," katanya.Sehubungan itu, Dr Aizul menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang tepat mengenai HIV serta tidak memandang ringan aspek perlindungan dan saringan kesihatan.Katanya, kesedaran mengenai HIV perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan lebih ramai individu terjebak dengan salah faham yang boleh membawa kesan besar terhadap kehidupan mereka.