Amri bersama Edwin van der Sar, mengenang kembali jaringan gol ketika pilihan Malaysia menentang Manchester United pada 2009. - Gambar Instagram Ratu Amri
NAMA legenda bola sepak negara, Amri Yahyah atau mesra disapa Wak Am sememangnya sukar dilupakan peminat sukan tanah air.Selain terkenal dengan jaringan jarak jauh sensasi ketika menentang Manchester United pada 2009, ramai juga kagum dengan kemampuan Amri mengekalkan prestasi di padang walaupun sudah memasuki usia 45 tahun. Menurut perkongsian peminat bola sepak, Razhaslan Raduan, ramai menyangka pemain tempatan akan mula kehilangan tenaga dan prestasi apabila memasuki usia pertengahan 30-an.Namun situasi itu dilihat berbeza bagi pemain seperti Amri dan Safee Sali yang masih mampu bersaing dengan pemain lebih muda ketika berada di kemuncak karier mereka.Malah ketika bersama Sabah FC, Amri dikatakan masih mampu melakukan pecutan pantas dan bersaing dengan pemain import jauh lebih muda daripadanya.Amri masih aktif bermain bola sepak pada usia 45 tahun walaupun sudah bersara dari kelab profesional pada 2023. - Tangkap layar Instagram Ratu AmriMenurut Razhaslan, antara faktor utama membantu pemain berpengalaman mengekalkan kecergasan adalah disiplin pemakanan, khususnya mengurangkan pengambilan gula proses atau refined sugar dalam diet harian.Katanya, apabila usia meningkat, kadar metabolisme badan akan menjadi lebih perlahan dan pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lonjakan tenaga secara mendadak sebelum tubuh mengalami keletihan dengan cepat.Sebaliknya, pemilihan sumber karbohidrat yang lebih berkualiti membantu membekalkan tenaga secara konsisten untuk tempoh yang lebih lama.Tip kurangkan gula seperti atlet1. Tukar karbohidrat putih kepada karbohidrat kompleksNasi putih, roti putih dan mi biasa boleh digantikan dengan nasi perang, oat atau ubi keledek.Karbohidrat kompleks mengambil masa lebih lama untuk dihadam sekali gus membantu membebaskan tenaga secara berperingkat dan mengurangkan rasa cepat letih.2. Biasakan membaca label makananSebelum membeli makanan atau minuman, semak senarai ramuan pada bungkusan.Jika antara bahan utama mengandungi perkataan seperti sucrose, fructose, maltose atau high fructose corn syrup, ia menandakan kandungan gula yang tinggi.3. Ganti makanan manis dengan buah-buahanApabila teringin makanan atau minuman manis, pilih buah-buahan segar seperti epal, oren atau beri.Kandungan serat dalam buah membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah dan memberi rasa kenyang lebih lama.Razhaslan turut menegaskan bahawa perubahan pemakanan bukanlah sesuatu yang memberikan hasil dalam tempoh singkat.Sebaliknya, ia memerlukan disiplin dan konsistensi berterusan seperti yang diamalkan oleh ramai atlet profesional.