Elakkan haruman yang terlalu tahan lama kerana dikhuatiri memberi kesan tidak baik pada tubuh. -Gambar hiasan AI
PENGGUNA dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih minyak wangi, terutama produk yang mempunyai haruman terlalu kuat dan tahan lama.Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Aisyah Ahmad Shafi berkata, terdapat sesetengah minyak wangi mengandungi bahan kimia tertentu. Antaranya seperti phthalate dan xenoestrogen yang didakwa boleh memberi kesan kepada sistem hormon tubuh jika digunakan dalam jangka masa panjang.Minyak wangi sumber dari tumbuhan dan bebas daripada bahan tambahan sintetik lebih disyorkan diguna. -Gambar hiasan AIMenurutnya, antara petunjuk yang sering dikaitkan dengan kandungan bahan tersebut ialah haruman yang mampu bertahan terlalu lama pada badan atau pakaian.“Bukan nak jadi joykiller, tetapi pengguna perlu lebih peka apabila membeli minyak wangi. "Elakkan haruman yang terlalu tahan lama kerana ia mungkin mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon badan,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.Beliau turut berkongsi satu kaedah mudah yang boleh dilakukan sebagai ujian awal, iaitu dengan menyemburkan minyak wangi pada daun dan memerhatikan keadaannya pada keesokan hari.“Kalau daun itu masih segar, teruskan guna. Tetapi jika daun tersebut layu atau rosak, lebih baik elakkan penggunaannya,” katanya.Kesan pada tubuhBagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kesan terhadap tubuh manusia tidak berlaku serta-merta, sebaliknya mungkin hanya muncul selepas bertahun-tahun penggunaan berterusan.Menurutnya, antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pendedahan kepada bahan tertentu dalam produk pewangi sintetik termasuk migrain, resdung, asma, ekzema dan beberapa gangguan kesihatan lain.Beliau turut mendakwa bahawa penggunaan bahan pewangi sintetik secara berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon serta memberi beban tambahan kepada organ dalaman badan.Dalam pada itu, Dr Aisyah berpendapat bau badan yang kuat kadangkala boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan atau faktor dalaman yang perlu diberi perhatian.Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai memilih produk pewangi yang diperbuat sepenuhnya daripada sumber tumbuhan dan bebas daripada bahan tambahan sintetik sekiranya mahu berwangian dengan lebih selamat.“Kalau mahu berbau harum dan lebih yakin, carilah pewangi yang benar-benar berasaskan tumbuhan tanpa campuran bahan lain,” katanya.