suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kerana silap ibu, kalian terpalit susah” - Wanita merintih sayu, tak mampu bagi anak duit belanja pergi sekolah

Menyediakan bekal makanan untuk anak-anak dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pasti mengimpikan kehidupan yang selesa buat keluarga tercinta.

Bagaimanapun langit tidak sentiasa cerah, ada masanya ujian kewangan datang melanda secara tiba-tiba sehingga menghimpit kehidupan.

Turut merasai keperitan sama, seorang wanita meluahkan kesedihan apabila dia tidak lagi mampu menanggung pelbagai komitmen bulanan yang kian tertunggak.

Dalam fasa yang cukup getir ini, dia kini hanya mampu berserah dan bergantung sepenuhnya kepada keajaiban rezeki daripada Allah SWT.

Menerusi satu perkongsian menyayat hati di Threads, wanita ini mengakui keluarga kecilnya kini sedang dihimpit krisis kewangan yang meruncing.

Segala perbelanjaan asas melibatkan sewa rumah, bil utiliti, yuran sekolah anak-anak, hinggalah bil telefon semuanya tersangkut tanpa jalan keluar.

Pengurusan kewangan yang lemah membuatkan kebanyakan individu dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

Pengurusan kewangan yang lemah membuatkan kebanyakan individu dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

"Bil elektrik, api dan telefon dah dua bulan tertunggak. Duit tambang bas sekolah anak-anak pula tiga bulan. Semuanya sebab aku tak mampu nak bayar, tak ada duit.

"Hati ni risau kena potong, sekarang tawakal je sebab duit gaji dah habis bayar hutang-hutang yang lain," adunya meratapi masalah yang dialami.

Lebih menambah pilu apabila dia memaklumkan, anak-anaknya juga tidak diberikan duit belanja sekolah kerana kesempitan hidup.

  • Wanita hadapi tunggakan bil dan yuran sekolah anak.
  • Gaji habis digunakan untuk bayar hutang lain.
  • Anak ke sekolah tanpa duit belanja, hanya bawa bekal.
  • Tetap bersedekah walaupun hidup susah.
  • Netizen mendoakan rezekinya dipermudahkan.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, dia sedaya upaya memastikan perut anak-anaknya tetap terisi dengan menyediakan bekal makanan dari rumah setiap hari sebelum mereka melangkah ke sekolah.

"Anak-anak pergi sekolah pun aku tak bagi duit belanja, setiap hari akan masak dan standby bekal makanan untuk mereka," tambahnya.

Sungguhpun dihimpit beban kewangan, pengadu berkata dia tidak lupa untuk melakukan amalan sedekah semampu mungkin.

"Waktu Maghrib aku transfer RM3.35 yang ada dalam akaun kepada masjid... itu saja yang ada. Alhamdulillah masa transfer tu hati jadi tenang walaupun jumlah tu tak banyak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami marah isteri, anggap penyibuk gara-gara persoal sambung bayar kereta adik ipar... Padahal bil elektrik pun asyik tertunggak!

ARTIKEL BERKAITAN: Sisi gelap beli rumah lelong, wanita ‘terduduk’ pemilik asal cabut lari tak bayar bil utiliti ratusan ringgit

Ujar wanita itu lagi, jauh di sudut hati kecilnya, terselit rasa ralat dan terkilan yang amat mendalam.

Dia turut merintih sedih kerana anak-anaknya perlu melalui kehidupan yang sulit, dipercayai akibat kesan daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya.

"Perit sangat keadaan sekarang ni, aku betul-betul rindukan keadaan dulu... tapi ia hanya tinggal kenangan.

"Maafkan ibu ya anak-anak, kerana silap ibu... kalian semua pun terpalit sama dengan kesusahan ibu ni," rintihnya lagi.

Luahan jujur itu ternyata menyentuh hati warga maya yang rata-ratanya tampil memberikan kata semangat, selain berkongsi keperitan yang serupa serta mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

"Saya sampai tak ada apa dah nak digadai, nak beli telur pun tak ada bajet. Setiap hari solat mengadu minta Allah bukakan rezeki.

"Selepas buat apa yang patut untuk keluarga dan anak-anak, bersangka baiklah dengan Allah.

"Semoga Allah lancarkan segala urusan sis, diberikan kesihatan dan kewarasan dalam apa jua ujian," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain