KEHIDUPAN seorang wanita yang membesar dalam sebuah keluarga berpecah-belah bertukar menjadi semakin sukar.Segala-galanya bermula apabila dia mendakwa menyaksikan satu insiden mengejutkan, yang kini meninggalkan trauma mendalam serta membuatkan dia terus hidup dalam ketakutan dan kekeliruan. Mengimbas semula detik sukar itu, wanita berusia 21 tahun ini berkongsi bahawa ibu bapanya sudah lama bercerai.Selepas perpisahan tersebut dia dia bersama abangnya memilih untuk tinggal bersama bapa mereka.Namun, suasana rumah mula berubah apabila bapanya mengambil keputusan untuk berkahwin semula dan kehadiran wanita asing sebagai ibu tiri dalam keluarga mereka sejak awal lagi tidak pernah benar-benar diterimanya.Maksiat adalah perbuatan berdosa yang dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan AI"Sejak awal saya memang tak berapa ngam (rapat) dengan mak tiri. Bukan sebab saya jahat tapi entah la, dia ni annoying (menjengkelkan) sangat. Dalam kepala saya, tak ada siapa boleh ganti tempat mak sendiri."Tapi abang saya ni lain, dia rapat sangat dengan mak tiri kami. Mula-mula aku fikir mungkin sebab dia jenis mudah mesra. Mereka selalu gelak, sembang, bergurau macam kawan."Tapi lama-lama saya rasa benda tu makin pelik, terutama apabila ayah tak ada dekat rumah. Saya cuba buang fikiran tu sebab rasa macam tak logik. Tak mungkin la kan?," katanya memulakan cerita.Namun segala kecurigaannya terhadap kemesraan yang ditunjukkan abang dan ibu tirinya itu akhirnya terjawab.Segalanya terbongkar apabila dia mendakwa terlihat satu situasi yang cukup mengejutkan selepas pulang dari kolej.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah beria sangat, anak tiri je” - Wanita syukur ibu tiri tepis hasutan kawan, ikhlas besarkan bukan darah dagingARTIKEL BERKAITAN: Wanita jumpa bekas ibu tiri kini hidup melarat, kesian tapi tak boleh lupa cacian terhadap arwah mak - “Dulu dia ambil semua hak kami”"Rumah sunyi sepi. Ayah saya memang tak ada. Saya masuk dalam rumah macam biasa, nak menuju pergi ke bilik. Tapi masa lalu bilik satu lagi, terdengar bunyi orang gelak perlahan-lahan."Saya pelik jadi saya pun buka pintu sikit. Masa tu saya nampak abang dan mak tiri saya dalam keadaan yang saya tak akan boleh lupa sampai bila-bila. Saya terus tutup pintu, lari masuk bilik dan nangis," katanya.Tambahnya, sehingga kini dia masih bergelut dengan perasaan takut dan buntu kerana tidak tahu kepada siapa perkara itu perlu diceritakan selepas melihat sendiri kejadian berkenaan tanpa saksi lain.Wanita dakwa terlihat abang bersama ibu tiri dalam situasi mencurigakan.Gadis buntu simpan rahsia keluarga, takut dituduh memfitnah.Kecurigaan terhadap abang dan ibu tiri akhirnya terjawab.Wanita trauma selepas menyaksikan kejadian mengejutkan di rumah.Netizen gesa wanita kumpul bukti sebelum bersuara.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak tahu nak buat apa. Nak bagitahu ayah tapi takut dia tak percaya. Nak bagitahu mak pun takut benda ni jadi lagi besar. Nak bersemuka dengan abang pun saya rasa jijik dan takut."Yang paling sakit, saya rasa macam saya sorang je yang nampak kebenaran ini. Kalau saya buka mulut takut semua orang kata saya fitnah," katanya lagi.Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk yang memberikan cadangan mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya perkara tersebut benar-benar berulang."Buat-buat tak tahu je. Lepas ni awak balik secara senyap-senyap kemudian rakam kejadian tu sebagai bukti. Benda macam ni kalau tak ada bukti memang susah sikit orang nak percaya," komen seorang netizen.