Seorang pemuda berkongsi cerita ketika dia terserempak dengan bekas senior di asrama sekolahnya. -Gambar hiasan AI
KEHIDUPAN di asrama sememangnya menyimpan pelbagai memori, sama ada kenangan manis mahupun pahit sehingga sukar dilupakan walaupun sudah menjangkau puluhan tahun.Begitulah yang dialami lelaki ini meskipun telah meninggalkan zaman persekolahan kira-kira 20 tahun lalu. Menurutnya, peristiwa hitam yang berlaku di asrama suatu ketika dulu kembali menerpa ruang ingatan, selepas dia secara tidak sengaja terserempak dengan bekas senior sekolahnya.Detik pertemuan itu secara automatik membuka semula parut lama, berikutan individu terbabit didakwa pernah mengambil tindakan kejam yang melampaui batas terhadap rakan sebiliknya dahulu.Pelajar yang tinggal di asrama akan lebih berdikari dan mesra. -Gambar hiasan AI"Kira-kira 23 tahun lepas, senior aku kat asrama suruh kawan dorm aku ketuk ketampi 1,000 kali sebab tak hafal surah al-Mulk."Disebabkan dia tak larat nak habiskan ketuk ketampi, senior tu rembat kaki dia sampai jatuh tergolek," luahnya di Thread.Pertemuan yang tidak disangka-sangka selepas sekian lama itu bagaimanapun meninggalkan rasa terkejut yang amat sangat apabila dia mendapati anak kepada seniornya itu masih perlu diusung di dalam kereta sorong bayi meskipun usianya sudah besar.Lelaki terkenang semula kejadian di asrama selepas terserempak dengan senior sekolahnya.Senior didakwa menghukum rakan dorm dengan ketuk ketampi 1,000 kali kerana tidak hafal surah al-Mulk.Mangsa turut didakwa dipukul pada kaki sehingga terjatuh kerana tidak mampu meneruskan hukuman.Lelaki itu mendakwa anak senior berkenaan kini tidak boleh berjalan dan masih menggunakan stroller.Netizen berbelah bahagi sama ada keadaan itu boleh dikaitkan dengan karma atau tidak wajar melibatkan anak atas kesalahan ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIMelihat situasi sayu itu, lelaki ini mendakwa anak individu berkenaan sebenarnya tidak boleh berjalan, sekali gus membuatkan dia tidak dapat mengelak daripada mengaitkan nasib malang itu dengan konsep kifarah akibat 'hukuman' tidak berperikemanusiaan yang pernah dilakukan kepada rakan biliknya dahulu."Aku tengok senior tu usung anak dia yang dah besar dalam stroller sebab tak boleh berjalan," tambahnya.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni dapat main rogol-rogol lagi tak?” - Terdengar perbualan rakan sekelas, pemuda bongkar ‘darkside’ asrama sekolahARTIKEL BERKAITAN: “Saya doa anak cikgu rasa nanti!” - Mangsa buli kecewa aduan dipandang remeh, kaunselor sekolah label anak manjaRata-ratanya mengaitkan keadaan keluarga seniornya itu dengan konsep karma, manakala sebahagian lain berpendapat tidak wajar mengaitkan nasib anak dengan perbuatan ibu bapa pada masa lalu."Kasihan anak kena tempias, sepatutnya senior tu yang lumpuh terus."Kifarah is real. Ada juga cikgu lempang murid masa budak tu tengah makan kat dewan makan, kemudian cikgu tu kena kanser lidah sampai tak boleh makan dan meninggal," demikian reaksi netizen.