suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar ‘date’ tapi tak kongsi gambar di media sosial, gadis ‘overthinking’ teman lelaki cuba sorok sesuatu

Tak semua lelaki gemar tayang kebahagiaan di media sosial. -Gambar hiasan AI

KEBIASAANNYA, individu yang sedang dilamun cinta sering kali memuat naik perkongsian tentang pasangan mereka di media sosial.

Namun menurut seorang gadis, dia hairan melihat teman lelakinya seolah-olah mahu merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan umum.

"Setiap kali keluar date dengan teman lelaki, dia jarang gila nak rakam gambar saya dan post di media sosial yang dia sedang jumpa saya.

Kebanyakan pasangan bercinta gemar merakam detik mereka bersama untuk disimpan sebagai kenangan. -Gambar hiasan AI

"Kami ni menjalani hubungan jarak jauh. Jadi setiap kali jumpa, saya memang akan rakam gambar dan video banyak-banyak untuk disimpan sebagai memori.

"Saya juga akan post untuk hargai kenangan tu. Dia langsung tak ambil gambar saya. Saya teringin juga untuk dirakam macam pasangan lain," ujarnya.

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads meminta gadis itu agar tidak membandingkan sikap teman lelakinya dengan pasangan orang lain.

  • Gadis tular selepas luah tentang teman lelakinya di Threads.
  • Dia pertikai sikap teman lelakinya yang tidak suka tayang kebahagiaan di media sosial.
  • Gadis itu juga pertikai teman lelakinya enggan kongsi gambarnya di media sosial.
  • Ramai netizen beri nasihat supaya dia tidak bandingkan hubungannya seperti orang lain.

"Dia bukan jenis macam tu dik. Suami akak sampai kahwin pun tak post gambar di Instagram.

"Tak semua lelaki tunjuk kasih sayang dengan kongsi gambar di media sosial," tulis netizen.

Seorang lagi pelayar Threads turut memberi nasihat kepada gadis itu agar dia tidak bersangka buruk dan menghormati pendirian teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergoda ayat manis pensyarah, mahasiswi terjebak skandal universiti... Paling kejam ‘buang’ teman lelaki saat susah dan senang

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki lulusan agama di Jordan kantoi ada akaun ‘dark side’, aktif rakam aktiviti persundalan rentas jantina!

"Mari saya beritahu sesuatu. Teman lelaki kamu sebenarnya sukakan privasi. Mungkin dia jenis yang tak suka berkongsi di media sosial.

"Tak semua orang perlu tahu tentang hidup kita. Mungkin juga dia jenis tak suka ambil gambar. Saya rasa dia lebih suka nikmati detik itu dengan kamu.

"Kadang-kadang bila kita nikmati detik itu dengan yang tersayang, kita pun lupa nak ambil gambar. Anggaplah teman lelaki kamu seperti itu," pesan individu itu.

Artikel Lain