suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu bersangka buruk, wanita nampak perubahan positif lepas suami sertai geng motosikal besar - “Circle dia memang lain”

Isteri sepatutnya memberi sokongan terhadap hobi suami. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita biasanya tidak suka apabila suami mereka terlibat dalam aktiviti permotoran.

Selain memikirkan risiko keselamatan, mereka juga bimbang suami masing-masing curang ketika keluar berkonvoi bersama rakan-rakan.

Namun menurut seorang wanita, dia mendapati suaminya menunjukkan banyak ciri-ciri positif selepas menyertai komuniti permotoran.

Ramai isteri bimbang risiko keselamatan ketika suami mereka berkonvoi. -Gambar hiasan AI

"Saya perasan sejak suami main motor besar ni, circle dia memang lain. Kebanyakannya jenis berduit tapi sangat low profile.

"Cara mereka berfikir pun lain. Suami saya jadi makin bagus sebab dia berkawan dengan orang yang bagus. Para isteri, kalau suami nak beli motor besar, bagi je.

"Tapi saya sentiasa doakan agar mereka selamat di atas jalan raya," tulis wanita itu menerusi aplikasi Threads.

  • Seorang wanita berkata suaminya semakin bagus selepas menyertai hobi permotoran.
  • Dia melihat komuniti rakan-rakan suaminya juga sangat bagus dan positif.
  • Dia menasihati wanita agar memberi keizininan jika suami mereka mahu membeli motor besar.
  • Netizen beri peringatan segelintir geng motor menjalinkan skandal sesama mereka.

Di ruangan komen, ramai netizen yang turut meluahkan rasa setuju dengan pandangan wanita itu.

"Betul. Lagi mahal hobi tu, lagi bagus circle mereka sebab kebanyakannya memang berduit, ada bisnes dan kerjaya yang bagus.

"Lelaki main motor ni biasanya setia. Sebab modal nak bela motor lagi mahal daripada jaga bini," tulis beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri diminta waspada, jangan terlalu ‘husnuzon’ jika suami konvoi ke Hatyai dengan kawan-kawan - “Takut dia ride benda lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih ‘ride’ dengan kawan, isteri hamil sakit hati hasrat hirup udara sejuk Genting tak dipeduli... Asyik-asyik alasan belum servis kereta

Namun, ada juga beberapa pelayar Threads yang meminta golongan wanita agar berwaspada dengan hobi suami mereka.

"Ada je geng motor besar skandal sesama mereka walaupun masing-masing dah ada suami dan isteri. Tak semua juga jenis berduit.

"Tak semua begitu indah ya. Hati-hati. Sebab sisi buruk pun banyak. Banyak sangat buruk daripada yang baik," pesan netizen.

Artikel Lain