suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menantu letak syarat jaga ibu mentua kena strok, minta RM3,000 sebulan... Bukan berkira tapi ada sebab letak bayaran

Segelintir anak sanggup mencipta alasan kerana tidak mahu menjaga orang tua yang sakit. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yatim piatu tampil berkongsi kisahnya yang dilayan bagaikan orang luar oleh ibu mentuanya sendiri.

Dakwa wanita itu, ibu mentuanya meminta bayaran wang untuk menjaganya selepas dia melahirkan anak sewaktu pandemik Covid-19.

"Saya bersalin secara pembedahan, suami pula kerja jauh. Mak mentua kata, dah la tiada mak ayah, lepas tu datang menyusahkan aku.

Anak-anak bertanggungjawab menguruskan ibu bapa yang sakit. -Gambar hiasan AI

"30 hari berpantang di rumahnya, dia ambil upah RM3,000 dengan suami saya. Dia cuma masak, dia tak pernah ambil mandikan anak saya," imbasnya.

Selepas beberapa tahun, wanita itu berkata ibu mentuanya kini jatuh sakit sehingga memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga.

Menurutnya, luka lama masih lagi berbekas di hati, menyebabkan dia turut meminta jumlah wang yang sama apabila diminta menjaga ibu mentuanya.

  • Wanita dakwa dilayan teruk oleh mentua ketika dalam pantang.
  • Ibu mentua minta wang RM3,000 untuk jaga sewaktu dia berpantang.
  • Kini, ibu mentuanya pula jatuh sakit dan tiada anak sanggup menjaganya.
  • Wanita itu balas dendam dan minta jumlah bayaran sama untuk jaga mentuanya.

"Sekarang 2026 mak mentua kena strok. Anak-anak dia semua kerja, tiada yang sanggup jaga. Masing-masing nak lepaskan diri.

"Mereka nak serah kepada suami sebab saya kan suri rumah. Saya kata saya nak RM3,000 sebulan. Semua terdiam. Sekarang ipar dan biras kata saya berkira.

"Dah kena batang hidung baru terasa. Bukan senang nak jaga orang tua kena strok. Nak suruh jaga, upahlah," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terduduk emas RM100,000 hilang di rumah mentua! Makin sedih terpaksa tarik balik ‘report’ sebab suami tersepit

ARTIKEL BERKAITAN: Mood beraya rumah mentua ‘ke laut’... Isteri geram suami tiba-tiba ‘berangin’, berkira minta tolong goreng ayam

Perkongsian berkenaan menerima reaksi positif pelayar media sosial, malah ramai yang gembira kerana wanita itu berani mempertahankan dirinya.

"Ingat kak, jangan buat secara percuma melainkan dibayar. Kalau kena mandikan, minta tambah duit lagi.

"Saya selalu terfikir. Mak mentua macam ni dia tak takut ke bila sakit nanti, kena duduk dengan menantu yang dia tak suka.

"Murah sangat RM3,000. Minta RM5,000, biar adik beradik pakat tanggung," tulis netizen lagi.

Artikel Lain