SUASANA pagi Aidiladha di rumah mentua bertukar hambar apabila seorang wanita berasa kecewa dengan sikap suaminya yang tiba-tiba 'berangin' apabila diminta membantu melakukan kerja dapur.Cerita wanita ini, dia sejak awal pagi sibuk menguruskan anak-anak selain membantu menyediakan hidangan hari raya bersama ibu mentua dan adik ipar di dapur. "Macam biasa kita pagi-pagi memang sibuk sebagai orang perempuan. Pastikan anak makan dan mandi. Dalam masa sama, tolong hidangkan makanan yang dipanaskan."Mak mentua dan adik suami masak kari. Ada menu mi kari juga. Saya tinggal goreng ayam berempah saja tapi ayam itu dikeluarkan dari peti sejuk lambat, keras sikit.Setiap wanita mempunyai tugasan besar setiap kali tiba hari raya. -Gambar hiasan"Jadi saya biarkan dulu dan akhir sekali baru la saya goreng ayam," cerita wanita itu dalam Threads.Katanya, suaminya keluar menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid sebelum pulang ketika dia masih belum sempat bersiap kerana menunggu ayam siap digoreng.Wanita itu kemudian meminta suaminya mengambil giliran menjaga masakan sementara dia bersiap, namun lelaki berkenaan pada awalnya menolak."Saya saja la cakap sambil senyum sebab tengok mood suami okey. Saya cakap take turn sambil senyum dan nak pergi bersiap.ARTIKEL BERKAITAN: Duit beli baju raya isteri pun ibu hulur... Lelaki ini buat kejutan pagi raya, tin biskut penuh barang kemas undang sebak dua beranak!ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masak, tak ada orang makan!” - Wanita sedih dipulaukan keluarga suami... Ibu mentua, kakak ipar rancak mengumpat di pagi raya"Suami sudah tukar pakai baju raya. Tapi dia jawab tak nak la (tolong), orang dah pakai baju cantik ni. Jadi saya pun duduk la sekejap dekat kerusi sambil main telefon."Lepas itu saya jenguk ayam tu, nampak suami dah pergi balikkan ayam dalam kuali. Saya ingat dia ikhlas nak tolong," ceritanya lagi.Namun rasa senang hati itu hanya seketika apabila dia mula merasakan suasana berubah melihat reaksi suaminya ketika menggoreng ayam."Saya cakap B nak sambung ya? Dia langsung tak tengok muka saya. Terpacak tengok kuali jadi saya dapat rasa dah sesuatu tak kena. Pagi Aidiladha jadi hambar selepas suami bantu goreng ayam dalam keadaan marah.Belum sempat bersiap raya, wanita terkilan sikap suami di dapur rumah mentua.Minta tukar giliran goreng ayam, suami terus tukar baju raya dan ‘berangin’.Sibuk urus anak dan hidangan raya, wanita sedih suami bantu secara terpaksa.Suami diam sambil goreng ayam, isteri mula rasa sesuatu tak kena.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi saya pun terus je masuk bilik. Masa dalam bilik, dia datang dengan lajunya sambil 'berangin'. Dia terus buang baju raya dan pakai baju t-shirt biasa."Tanpa tengok saya, dia terus berlalu pergi menggoreng ayam. Dia buat tapi macam terpaksa dan tak ikhlas," jelas wanita itu dalam hantaran berkenaan.Rata-rata netizen berpendapat suami sepatutnya membantu tanpa menunjukkan rasa terpaksa, lebih-lebih lagi isterinya sudah sibuk sejak awal pagi raya."Lantak la itu suami awak ke apa tapi tak salah pun nak tolong. Eh kita yang perempuan ini kalau dah bersiap pun boleh je memasak. Setakat tunggu ayam, beria macam kena lapah lembu."Lepas ni biar je tak payah goreng. Pandai-pandai la orang dalam rumah tu goreng. Orang dah tolong gorengkan nak marah-marah pula," komen beberapa netizen lagi.