suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kerap ‘outstation’, rupanya ada isteri kedua... Rakan sepejabat mula bercerita, siap ada bukti bergambar

Elakkan bergosip supaya tidak berlaku konflik di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa simpati terhadap nasib isteri rakan pejabat suaminya yang berlaku curang malah sudah berkahwin dua tanpa pengetahuannya.

Ceritanya, kisah lelaki tersebut berkahwin lain kecoh di pejabat malah perkara itu bukan sekadar gosip sebaliknya mempunyai bukti bergambar.

Disebabkan itu, dia berasa kasihan dengan nasib isteri pertama lelaki tersebut dan anak-anak mereka kerana ditipu.

Orang ketiga dalam hubungan sering menjadi punca sesebuah penceraian berlaku. -Gambar hiasan

"Ini antara kawan-kawan yang bercerita. Ada bukti gambar kahwin. Suami aku dengan kawan-kawan sepejabat semua sudah tahu.

"Mereka tak mungkin la nak beritahu secara terus kan?

"Geram juga sebab dah macam-macam hint bagi. Aku pula macam-macam idea sudah bagi dekat suami. Tapi suami perempuan tu pandai. Gaji dia semua bagi isteri dia uruskan," katanya. 

Bagi menutup kecurangan, lelaki berkenaan kerap memberikan alasan bekerja di luar kawasan dan biasanya akan 'hilang' selama dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama kahwin tiada zuriat, wanita diam-diam pinang jiran untuk suami! Dapat madu pada anniversary perkahwinan ke-10 - “Orang cakap saya gila”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu baik... isteri diam-diam ‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung

Wanita itu turut mendakwa individu dipercayai menjadi orang ketiga mempunyai kedudukan tinggi dan berharta.

Pun begitu, dia tetap tidak memahami punca lelaki tersebut berlaku curang kerana isteri pertamanya seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Suami beritahu si isteri ini tak pandai memandu kereta, hanya tunggang motosikal. Dialah yang mengurus anak-anak, semua dia buat," ujarnya.

  • Rakan pejabat simpati isteri tak sedar suami dah kahwin lain.
  • Suami kantoi kahwin senyap, tapi isteri terlalu percaya.
  • Isteri usia 40-an urus anak naik motosikal setiap hari.
  • Rakan pejabat takut nak bongkar rahsia poligami lelaki itu.
  • Netizen kata poligami tak salah jika nafkah tetap cukup.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berbeza pandangan mengenai tindakan lelaki terbabit.

"Tak salah pun kalau poligami, asalkan hubungan halal. Lelaki nak berpoligami tak wajib beritahu isteri pertama janji dia berlaku adil dengan nafkah.

"Kalau gaji semua masih bagi isteri urus dan nafkah cukup, mungkin sebab itu dia rahsiakan. Tak mahu nanti bila terbongkar terus jadi pergaduhan besar sampai bercerai-berai," antara komen netizen.

Artikel Lain