Setiap orang perlu jalankan tanggungjawab masing-masing jika tinggal di bawah satu bumbung sama. -Gambar hiasan
SEORANG wanita menyesal dengan keputusan membenarkan adik ipar perempuan tinggal bersama sejak lima tahun lalu atas dasar kasihan dan ingin membantunya yang dalam kesusahan.Dakwanya, dia sekeluarga bukan sahaja hilang privasi malah tidak tahan dengan sikap pemalas dan pentingkan diri adik iparnya. Malah anaknya yang berusia tujuh tahun juga sedar dengan sikap pemalas ibu saudaranya itu malah sering mengadu kepadanya.Menurut wanita ini, dia bersetuju menumpangkan adik iparnya buat sementara kerana dia berjanji untuk mencari rumah sewa selepas mendapat pekerjaan.Setiap ahli keluarga perlu tahu menjalankan tanggungjawab masing-masing. -Gambar hiasan"Bosan la jenis ipar duduk dengan kita ni. Sudah lima tahun berlalu. Nak pakai seksi, nak buat apa semua terbatas. Malas tak reti tolong masak."Menyapu lantai rumah? Tanya anak saya yang berusia tujuh tahun tu pun dia jawab, tak pernah nampak makcik dia sapu rumah."Mak mentua pun jenis benak tak reti tegur anak supaya berambus daripada sini. Penat la jadi baik," luahnya dalam hantaran tersebut.Tambah wanita itu, dia juga sudah beberapa kali berbincang dengan suami mengenai perkara tersebut namun perbincangan sering berakhir dengan pergaduhan.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas cerai susahkan orang! Wanita luah rasa jijik dengan perangai kakak ipar, ada pendapatan tapi kikis duit adik sendiriARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang kakak ipar ‘bising’ abang nak tolong bayar hutang, anggap jumlah kecil - “Setakat BNPL aku RM9,000 tu celah gigi je”"Saya hadap je la nak buat macam mana. Sudah berbincang dengan suami tapi bergaduh juga fasal ni."Adik dia perempuan kan, jadi takut la duduk luar jadi apa-apa."Saya yang tolong adik dia datang sini untuk bekerja tapi dalam perjanjian duduk asing. Tahun pertama duduk secara percuma tak bayar apa-apa. Tapi sampai lima tahun duduk bersama," jelasnya.Wanita stres adik ipar tinggal serumah lima tahun.Niat membantu adik ipar akhirnya memakan diri.Isu privasi jadi punca wanita tertekan.Adik ipar didakwa malas bantu kerja rumah.Netizen simpati wanita hilang privasi di rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami tekanan dialami wanita berkenaan terutama membabitkan soal privasi dalam rumah tangga."Lamanya sampai lima tahun. Saya yang tumpang rumah seminggu dua pun rasa tak selesa sebab tak ada privasi."Bincang baik-baik dengan suami. Dia boleh je menyewa rumah orang lain. Perempuan atau lelaki tetap tak selesa kalau tinggal lama serumah. Lima tahun macam mana awak hadap tu. Sudah la pemalas."Kita pula abang ipar dengan biras tumpang duduk sekali juga sementara katanya. Tapi tak tahu la pula sampai bila kan. Dia pun sama tak ada common sense duduk pun percuma je," komen beberapa netizen.