RAKYAT Malaysia cukup terkenal dengan adab dan prihatin terhadap golongan warga tua atau wanita mengandung dengan memberi keutamaan kepada mereka di tempat awam.Namun seorang wanita hamil berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berada di sebuah restoran apabila layanan 'istimewa' diberikan pekerja menjadi pertikaian pelanggan lain. Dakwa wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang beratur sebelum pekerja kedai meminta supaya dia diberi keutamaan kerana sedang hamil."Tadi pergi kedai makan, beratur macam biasa, tiba-tiba akak kedai tu cakap boleh bagi akak yang pregnant tu dulu?Ada segelintir individu memetingkan diri sendiri tanpa memikirkan keutamaan kepada golongan memerlukan. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba ada suara perempuan, alahh pregnant je pun. Elok je berdiri tu tak sakit pun. Apa special sangat kena bagi dulu,” kongsinya.Wanita berkenaan berkata, dia hanya tersenyum dan memilih untuk tidak memanjangkan keadaan walaupun berasa terkilan."Aku senyum je dan cakap tak apa kak, saya masih larat. Kalau ikutkan memang nak sound juga tapi tak sampai hati. Kita doa yang baik-baik je untuk dia,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil tak dapat tempat duduk dalam tren digesa bersuara, bukan mengeluh di media sosial - “Bukan semua orang perasan awak mengandung”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram disindir jururawat sebab hamil rapat, konon nasihat tapi jatuhkan maruah - “Macam kita mengandung anak luar nikah”Menurutnya, layanan itu bukan diminta, sebaliknya ditawarkan oleh pihak kedai.“Kita tak minta pun, akak kedai yang offer. Tengah sarat ni malas nak cari fasal,” katanya.Jelasnya, dia tidak pernah berniat mengambil kesempatan walaupun sedang hamil, sebaliknya ibu mengandung mungkin memerlukan sedikit pertimbangan orang sekeliling.Wanita hamil diberi keutamaan di kedai makan.Namun tindakan itu dipertikai pelanggan lain.Wanita itu memilih untuk tidak melawan.Dia hanya berdiam walaupun sedikit terkilan.Netizen mengecam sikap tidak berempati itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau sebelum pregnant pun saya faham perasaan ibu mengandung. Penat dan letih macam mana. Kalau tak ditawarkan pun tak apa, kita tunggu saja,” katanya.Perkongsian itu mengundang rasa geram dalam kalangan netizen yang berpandangan seorang wanita hamil tidak wajar diperlakukan demikian."Memang ada jenis orang yang tiada empati dalam hati dia. Kalau ada orang pengsan depan dia pun dia akan biar je."Perlu ada timbang rasa dengan dahulukan orang mengandung. Mesti orang yang cakap tu perempuan yang tak pernah mengandung," komen warga maya.