suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hanya ketawa, bekas suami terima kifarah lepas 10 tahun halau isteri dan anak-anak macam anjing kurap

Pasangan bercerai perlu menjaga hubungan baik demi masa depan anak-anak. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang lelaki yang pernah tergamak menghalau bekas isteri bersama anak-anak keluar dari rumah akhirnya memakan diri sendiri apabila dia kini menerima nasib yang sama selepas rumah tangga baharunya turut berantakan.

Kisah itu dikongsi oleh bekas isteri pertama, yang mengaku hanya mampu ketawa apabila lelaki tersebut datang menceritakan nasib malangnya selepas dihalau keluar bekas isteri kedua.

Difahamkan, lelaki itu dihalau menjelang tarikh perbicaraan kes penceraian di mahkamah kerana rumah didiami mereka selama ini atas nama wanita tersebut.

"Aku gelak! Aku cakap terus je... sakit tak? Dia jawab ye la.

"Aku cakap lagi dekat bekas suami bahawa itu la apa yang aku rasa masa dia halau aku dengan anak-anak dari rumah macam anjing kurap. Kami tidur dalam kereta tanpa belas ihsan kau.

Setiap orang sepatutnya menjaga aib masing-masing walaupun sudah bercerai. -Gambar hiasan AI

"Cash Allah bagi (balasan) walaupun lambat 10 tahun. Terus terdiam bekas suami aku tu," ujar wanita itu menceritakan semula dalam hantaran di Threads.

Jelas wanita itu lagi, hubungan mereka sebenarnya masih dalam keadaan baik demi masa depan anak-anak meskipun dia pernah melalui episod hitam termasuklah berdepan isu keganasan rumah tangga.

Malah bekas suaminya itu juga pernah menghilangkan diri bertahun-tahun tanpa memberi nafkah selepas berkahwin lain, namun sejak kebelakangan ini lelaki itu dilihat mula sesekali mengambil tahu mengenai perihal anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Malaysia pelik pengawal Raudah tak halau lelaki bertongkat berpakaian putih... Lepas balik hotel sedar ada kejadian aneh!

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah menumpang, buat perangai ‘diva’ pula... Wanita hilang sabar, halau anak menantu keluar rumah

"Dia sebelum ni susah nak bawa anak tinggal dengan dia sebab bekas isteri tu tak suka tapi saya paksa je. Sekarang ni baru nampak dia berubah sikit lepas bercerai. 

"Masa dia masih berkahwin, nafkah memang on off tapi masih boleh harap terutama kalau kena bawa anak pergi hospital. Saya tak berdendam sebab dia tetap bapa kepada anak walau kami bercerai sebab domestic violence

"Saya tak nak anak-anak salahkan saya. Sekarang dah sekolah menengah, mereka faham. Kita enjoy je tengok kifarah," jelas wanita itu mengenai bekas suaminya.

  • Pernah tidur dalam kereta, kini bekas suami pula kena halau.
  • Wanita akui puas tengok bekas suami terima balasan.
  • Bekas suami pernah hilang bertahun-tahun tanpa nafkah.
  • Hubungan kembali baik demi anak-anak walaupun pernah bercerai.
  • Netizen percaya setiap perbuatan ada kifarah.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, di mana rata-ratanya bersetuju bahawa kifarah dan balasan Tuhan itu sememangnya wujud serta sangat nyata.

"Lelaki memang jenis tak tahu malu. Dah buat macam-macam, lepas tu apabila susah cari balik bekas isteri. Dia lupa ke apa yang dia pernah buat dekat perempuan.

"Saya pula sedaya upaya bersihkan hati jadi pemaaf. Tapi kifarah daripada Allah ni memang betul. Hanya masa menentukan, cepat atau lambat," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain