DALAM dunia serba moden hari ini, masih ada segelintir ibu bapa lebih gemar mengatur 'jodoh' anak mereka kerana beranggapan ia adalah jalan terbaik untuk masa depan keluarga.Berkongsi pengalaman, seorang wanita memberitahu dia turut menjadi 'mangsa' penjodohan keluarga namun apa membuatkan dia bengang, bapanya mahu dia berkahwin dengan sepupunya sendiri. Disebabkan perkara itu, keadaan bertukar tegang sehingga berlaku perselisihan faham di antara mereka kerana tidak dapat menerima cadangan tersebut."Aku tantrum, mengamuk dan menangis macam orang gila selepas dengar cadangan ayah aku. Dia nak aku kahwin dengan sepupu!Bukan semua perkahwinan diatur keluarga bahagia. -Gambar hiasan AI"Selepas kejadian aku mengamuk, dia nak panggil ustaz. Dia cakap aku ada jin sebab itu tantrum," katanya.Wanita berusia 30 tahun itu berkata, bapanya tampil dengan cadangan tersebut apabila isu perkahwinan dikaitkan dengan soal tanggungjawab sebagai ketua keluarga."Dia taku kena soal dalam kubur sebab anak perempuan dia belum kahwin lagi. Setakat nak lepas tanggungjawab je nak suruh aku kahwin," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Influencer seronok cerita 'manis' kahwin sepupu, ramai bimbang dinormalisasikan... Ini penjelasan dan risikonyaARTIKEL BERKAITAN: Islam benarkan kahwin sepupu, tapi doktor tak galakkan... Risiko anak dapat penyakit genetik lebih tinggiMenurutnya lagi, dia berasa seolah-olah tidak dihormati sebagai individu dewasa dan mendakwa kehidupan dirinya cuba dikawal oleh bapanya."Dia jenis narsisistik, hidup anak pun nak kawal. Kahwin dengan sepupu kot, dah macam adik-beradik dah."Dia tahu seksa kubur je, penat la kalau berdepan orang belajar agama separuh ni. Lagi-lagi kalau bercampur dengan ustaz jadian," katanya. Wanita menolak cadangan bapanya untuk berkahwin dengan sepupu.Berlaku pertelingkahan antara mereka.Bapa mahu mendapatkan pandangan ustaz.Isu dikaitkan dengan takut “soal kubur”.Netizen tekankan perkahwinan perlu persetujuan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berpandangan perkahwinan perlu berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak tanpa paksaan keluarga."Lain kali jawab macam ni daripada kahwin dengan sepupu sendiri, baik kahwin dengan kawan ayah. Dah tua banyak harta, cepat sikit mati."Apa yang terdesak sangat sampai nak suruh kahwin dengan sepupu? Dah tiada orang lain lagi ke?"Cakap dekat bapak kalau kahwin sepupu bila dapat anak senang dapat penyakit," komen warga maya.