suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita menggigil tahan marah, bapa ada masalah penglihatan ditinggal bersendirian di rumah... Ibu dan adik ‘hilang’ pergi kenduri di Pahang

Setiap anak perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sakit. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita kecewa dan geram dengan sikap ibu dan adiknya yang tergamak meninggalkan bapanya yang mengalami masalah penglihatan bersendirian di rumah demi menghadiri kenduri.

Wanita tersebut memberitahu dia tergerak hati untuk pulang ke rumah ibu bapanya selepas berasa tidak sedap hati sebaik selesai menunaikan solat Isyak.

Namun sebaik tiba di rumah, dia mendapati keadaan gelap sebelum menemui bapanya duduk bersendirian di sofa dekat ruang tamu.

"Gamak ya, tinggal ayah yang mata sudah tak nampak seorang dekat rumah demi nak pergi kenduri kawan. Terkilan, kecewa, sedih dan marah dengan mak serta adik sendiri.

Anak-anak perlu mengambil tugasan dan giliran menjaga ibu bapa yang sakit. -Gambar hiasan AI

"Satu patah mesej pun tak ada nak beritahu sudah gerak ke apa. Lauk ayah nak makan tu yang bila punya ke, ubat dekat mana ke, berapa biji dan pukul berapa nak bagi... satu info pun tidak ada!

"Nampak cawan kaca dekat bawah meja tepi ayah duduk. Rupanya dah pecah, air pun tumpah," ceritanya menerusi satu luahan di Threads.

Katanya, ibunya kemudian menghubungi telefon bapanya sebelum panggilan dijawab suami yang bertanya mengapa mereka pergi ke Pahang tanpa memaklumkan terlebih dahulu.

"Tergagap-gagap cakap konon nak beritahu bila mereka sudah sampai. Suruh bagi telefon itu dekat aku, aku memang tak nak cakap. Aku tak tahan marah ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa sewa rumah milik kawan bapa, rupanya ada muslihat kaut untung RM250 setiap bulan... Lelaki menangis dikhianati keluarga sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sanggup serumah dengan mentua... Suami pilih cerai, bertegas mahu jaga bapa sudah tua - “Adakah saya pentingkan diri?”

"Masa dalam perjalanan balik ke sini, tiba-tiba reti pula nak mesej cakap dah dalam perjalanan balik. Sampai pukul berapa. Sampai hari ini mereka mesej dan call, aku tak nak read pun.

"Korang kalau nak pergi mana, dengan siapa ke apa lantak la. Hari raya? Kalau balik pun aku nak tengok ayah je. Orang lain lantak la," jelasnya.

Rata-rata netizen meminta wanita itu melihat situasi dari sudut berbeza memandangkan ibu dan adiknya dipercayai menjadi individu yang menjaga bapanya setiap hari.

“Awak pun balik sekali-sekala je. Janganlah judge sampai macam tu sekali mak dan adik awak yang hadap ayah awak hari-hari.

  • Wanita kecewa ayah kurang penglihatan ditinggal sendirian ketika keluarga ke kenduri.
  • Rumah gelap, ayah duduk sendirian atas sofa ketika wanita pulang menjenguk.
  • Wanita terkilan tiada makluman diberi mengenai makanan dan ubat ayah.
  • Luahan wanita mengenai bapa uzur undang pelbagai reaksi netizen.
  • Netizen nasihat keluarga berbincang demi kebajikan bapa yang sakit.

"Yang adik tu biar tapi mak tu tergamak tinggal suami sendiri. Orang tua lain tak nak pergi mana-mana dengan alasan suami tak sihat. Dia tinggal suami yang tak sihat pergi jalan-jalan," komen beberapa netizen.

Seorang lagi netizen turut berpendapat komunikasi yang lebih baik antara ahli keluarga penting demi memastikan kebajikan bapanya terus terjaga.

"Daripada nak merajuk atau marah, lebih baik cari cara nak jaga ayah sama. Komunikasi dah out. Kita yang jauh tak jaga, tak duduk sekali dengan orang sakit ini memang banyak benda nak complaint.

"Orang yang jaga pun tak buat elok-elok, itu memang salah silap dia. Tapi selama ini mereka juga yang jaga. Kebajikan ayah itu nombor satu tapi berbincang la elok-elok," cadang seorang netizen.

Artikel Lain