suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipaksa sewa rumah milik kawan bapa, rupanya ada muslihat kaut untung RM250 setiap bulan... Lelaki menangis dikhianati keluarga sendiri

Bayaran sewa rumah merupakan antara komitmen bulanan terbesar bagi sesetengah individu. -Gambar hiasan AI

PERASAAN dikhianati oleh keluarga sendiri cukup menyakitkan dan boleh memberi kesan yang berpanjangan kepada seseorang.

Seperti kisah lelaki ini, hatinya bagai dihiris pisau saat mengetahui dikhianati bapa sendiri yang didakwa mengambil keuntungan daripada bayaran sewa rumah yang dibayar setiap bulan.

Menurut cerita isteri lelaki terabit, semuanya bermula selepas mereka mendirikan rumah tangga dua tahun lalu sebelum bapa mentua meminta mereka menyewa rumah milik rakannya kononnya lebih dekat dengan tempat kerja.

Katanya, mereka bersetuju selepas usaha mencari rumah sewa tidak berjaya dengan kadar sewa RM700 sebulan.

Setiap isteri perlu lebih memahami keadaan kewangan suami. -Gambar hiasan AI

"Dulu bapa mentua saya kata sewa RM700, saya pun bayar tanpa gagal. Hari ini tuan rumah datang jenguk, saya terkejut besar.

"Rupanya kawan bapa mentua ambil sewa RM450 sahaja. Sebelum ini bapa mentua kata kena transfer duit sewa itu kepadanya sebab tuan rumah tidak pandai buat bayaran secara online.

"Setiap bulan transer RM700 tapi dia bayar dekast kawannya RM450. Lagi RM250 masuk poket dia," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia dan suami terpaksa 'mengikat perut' kerana kos kehidupan mereka tinggi, sebelum menyedari bapa mentua mengambil sebahagian wang sewaan rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar rahsia menantu ada rumah sewa, mentua mula buat rancangan... Paksa suruh jual, suami pun ikut tunjuk ‘belang’

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

Kata wanita itu, suaminya begitu kecewa bukan sahaja kerana ditipu bapa sendiri tetapi turut menghulurkan duit belanja bulanan kepadanya.

"Saya cuba pujuk suami sebab dia sudah terasa hati. Saya tak pernah tengok suami menangis sampai tak keluar suara. Dia punya kecewa tu dalam betul.

"Saya kata halalkan apa yang sudah lepas. Hendak buat macam mana.

  • Suami kecewa selepas tahu ayah sendiri didakwa ambil untung duit sewa rumah.
  • Bayar RM700 tiap bulan, rupa-rupanya tuan rumah hanya terima RM450.
  • Pasangan suami isteri ikat perut sebelum 'muslihat' terbongkar.
  • Isteri dakwa suami menangis selepas tahu ditipu bapa sendiri.
  • Nekad pindah rumah baharu demi elak terus dikawal keluarga mentua.

"Kami akan pindah, rasa macam tak selesa bila bapa mentua kawal kehidupan. Serba serbi kena ikut cakap dia. Saya tengok suami pun tertekan kena dikawal," luahnya lagi.

Menurutnya, dia dan suami juga sudah menemui rumah sewa baharu lebih murah selain bebas daripada risiko banjir walaupun lokasinya sedikit jauh dari tempat kerja.

"Nak elak kena kawal dengan famili mentua, agak-agak rancangan pindah senyap-senyap berjaya tak? Kalau boleh tak nak la mereka kata macam-macam.

"Bagi alasan rumah mahal la, buruk la... Kita yang bayar. Mereka pula yang kecoh. Jenuh nak melayan. Serabut betul," ujarnya mengakhiri luahan tersebut.

Artikel Lain