LATIHAN industri (internship) merupakan fasa penting bagi pelajar untuk menimba pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar. Namun bagi seorang wanita, tempoh tersebut bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan selepas dia mendakwa menerima gangguan daripada seorang individu tidak dikenali di tempat kerja. Perkongsian itu dimuat naik di media sosial sehingga menarik perhatian ramai apabila wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap situasi dialaminya sepanjang menjalani latihan industri di syarikat berkenaan. "Benda paling bodoh yang saya mungkin pernah lalui semasa latihan industri," tulisnyaARTIKEL BERKAITAN: “Sapu air mani ke?” - Wanita pakai ‘sunscreen’ terima gangguan seksual, lelaki suami orang terima padah digantung kerja sebulan!ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern trauma turun site! Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual - “Pekerja asing lebih hormat saya”Menurut wanita itu, segala-galanya bermula apabila dia menerima mesej daripada individu tidak dikenalinya menerusi media sosial, sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa dengan situasi tersebut.Dia turut berkongsi tangkap layar (screenshot) mesej gangguan yang dihantar oleh individu berkenaan."Tinggi juga ye awak ni."Sibuk ke awak? Saya tengok awak tenung je komputer tu," demikian antara mesej yang diterimanya daripada individu berkenaan.Pekerja yang berdepan gangguan disarankan membuat laporan kepada pihak atasan syarikat. -Gambar hiasan AIEnggan 'memberi muka', wanita itu memberi respon secara tegas dengan menyatakan pendiriannya agar gangguan sedemikian dihentikan. "Saya tak selesa dengan keadaan ini. Saya tak suka dan tak selesa. Kalau kamu betul-betul berminat nak kenal saya, kamu patut tunjukkan diri awal."Saya tak nak kenal dengan orang tidak dikenali. Tak adil jika awak kenal saya, tapi saya tidak. Creepy," balasnya, sebagaimana terpapar dalam tangkap layar mesej dikongsikannya.Individu tersebut kemudian membalas mesejnya dengan memohon maaf namun dalam masa sama mengakui berminat untuk mengenalinya lebih mendalam. Seorang wanita kongsi pengalaman diganggu ketika jalani latihan industri.Dia mendapat mesej daripada seseorang tak dikenali menerusi media sosial.Wanita itu tegas enggan berkenalan dengan individu tak dikenali.Lebih mengejutkan, individu berkenaan mengaku sudah berkahwin namun perkahwinannya bermasalah.Netizen nasihatkan agar isu gangguan di tempat kerja tidak dipandang remeh.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah individu itu turut mengakui dia sudah berkahwin, namun mendakwa rumah tangganya sedang berdepan masalah sejak sekian lama."Sebenarnya saya pun dari tingkat lapan juga. Mohon maaf kerana buat awak tak selesa. Sejujurnya iya (sudah berkahwin) tapi perkahwinan saya bermasalah dah bertahun lalu. "Jangan salah faham. Saya bukan buaya atau playboy. Sebelum ini pun tak pernah chat dengan mana-mana wanita atau sesiapa. Saya tak tahu kenapa, tapi bila saya pertama kali tengok awak, saya suka awak."Macam ada perasaan tapi saya tak boleh jelaskannya. Sebab itu saya ajak berkenalan. Ia adalah perasaan yang tidak dapat dibendung," balas lelaki tersebut lagi.Antara reaksi warga maya.Bagaimanapun wanita berkenaan tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan selepas itu, sama ada dia membuat laporan kepada pihak atasan atau sebaliknya. Di ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan agar isu gangguan di tempat kerja tidak dipandang ringan.Mereka menyarankan agar wanita tersebut tidak gentar membawa kes berkenaan kepada pihak atasan meskipun dia sedang menjalani latihan industri.Namun, ramai turut memujinya kerana tegas menyatakan pendirian untuk tidak terjebak dengan skandal di tempat kerja.