MENYEDIAKAN bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah adalah perkara biasa yang sering dilakukan setiap ibu bapa. Namun, seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila isu bekal makanan anaknya menjadi pertikaian hangat di sebuah pusat jagaan kanak-kanak. Menurut wanita itu, apa yang dikesalkan adalah pertikaian itu bukannya datang daripada pihak pengurusan sebaliknya dalam kalangan ibu bapa murid lain.Ada ibu yang sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan bekal untuk anak-anak. -Gambar hiasan AI"Ada cikgu tegur jangan bawa bekal lagi sebab ada mak ayah yang buat aduan. Alasannya sebab anak dia nak juga sebab nampak anak saya bawa bekal."Kepada yang mengadu ni, kenapa awak tak terangkan kepada anak sendiri sebab apa tak dapat sediakan bekal? Kenapa perlu arahkan kepada guru jangan benarkan orang lain bawa bekal?," soalnya dengan nada penuh kesal.ARTIKEL BERKAITAN: Bayar mahal tapi cikgu tak ‘update’ gambar... Ibu terkilan anak ‘ghaib’ daripada grup WhatsApp tadika, macam tak wujud!ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kena ugut dilapor ke SISPAA, ibu murid tadika bengang tak dapat MC nak jaga anak demam - “Dia kata aku kejam”Wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan arahan tersebut kerana menurutnya tiada peraturan bertulis yang melarang pelajar membawa makanan dari rumah.Tambahnya, semakan terhadap buku peraturan sekolah juga tidak menunjukkan sebarang larangan berkaitan bekalan makanan, sebaliknya pihak pengurusan hanya melarang jenis makanan tertentu seperti daging lembu dan babi."Rasa nak marah tau. Benda macam ni pun mak ayah nak mengadu. Memang anak saya cerita kawan dia akan makan sama-sama bekal tu, tapi saya tak kisah pun," katanya.Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan tindakan pihak pengurusan taska berkenaan yang didakwa meluru mengambil tindakan tanpa menyemak terlebih dahulu fakta sebenar di sebalik aduan tersebut.“Saya hubungi ibu pejabat (HQ) memang tiada larangan untuk bawa bekal. Saya kecewa cara pengurusan taska uruskan situasi ini, terus tegur tanpa semak sama ada saya langgar peraturan atau tidak," katanya.Seorang ibu kecewa selepas ditegur kerana anak membawa bekal ke taska.Aduan didakwa datang daripada ibu bapa lain kerana anak mereka turut mahu bawa bekal.Wanita itu mendakwa tiada peraturan melarang makanan dari rumah.Dia turut kesal kerana pihak taska terus menegur tanpa semakan lanjut.Netizen menyifatkan isu bekal tidak sepatutnya dijadikan pertikaian.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang reaksi warga maya dengan sebahagiannya bersetuju isu berkaitan bekal adalah hal terpencil yang sepatutnya diselesaikan antara ibu bapa dan anak berbanding mencetuskan konflik dengan pihak lain."Dulu saya adalah cikgu tadika, memang wujud mak ayah macam ni. Jadi mak kalau malas nak buat bekal, bertindak la bijak beli nasi lemak, roti jadikan bekal. Jangan tahu mengadu dan merungut je."Anak saya pernah minta bawa bekal sebab nampak kawan bawa. Saya gigihkan juga buat, tak pernah terfikir nak mengadu jangan benarkan orang lain bawa," komen netizen.