suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Allahuakbar, sedih betul rasa” - Pelajar sengaja sapu sampah ke arah kaki warden, protes barang dirampas ketika ‘spotcheck’

Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak sekolah. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang guru, apatah lagi apabila terpaksa berdepan pelbagai kerenah pelajar demi memastikan disiplin serta kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Demikian luahan seorang guru wanita yang meluahkan rasa sedih kerana dibenci segelintir pelajarnya selepas dia menjalankan pemeriksaan mengejut (spotcheck) di asrama sekolah.

"Saya warden asrama di sebuah sekolah. Hari isnin yang lepas saya ada buat spotcheck dalam kalangan pelajar aspuri (asrama perempuan).

Bukan mudah untuk seorang guru berdepan dengan karenah pelajar. -Gambar hiasan AI

"Banyak rampasan telah dibuat antaranya, telefon bimbit, powerbank dan alat solek. Telefon bimbit itu majoritinya dirampas dalam kalangan pelajar tingkatan 5.

"Apabila dirampas dan ditegur perbuatan tersebut lain pula jadinya. Mereka sangat benci dengan tindakan saya yang tidak memulangkan peralatan yang dilarang dibawa ke asrama," luahnya dalam satu hantaran di Threads.

Menurut guru tersebut, segelintir pelajar yang berkenaan juga mengadu dan bercerita kepada guru-guru lain malah mengakui mereka mula membencinya sebagai warden asrama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!

ARTIKEL BERKAITAN: Kena lempang sampai takut balik ke asrama... Abang tak diam diri guru disiplin ugut nak hancurkan masa depan adik

"Perkara tu saya tak peduli langsung. Tapi apa yang buat saya sedih sekali apabila saya lalu di sebelah mereka, dijelingnya saya bagai saya dianggap musuh mereka. Allahuakbar, sedih betul rasa.

"Malam tadi saya pergi ke setiap bilik, apabila tiba je giliran bilik pelajar tingkatan 5 tersebut, semuanya memandang bengis kepada saya.

"Malah seorang ahli mereka menyapu sampah ke arah saya seperti menganggap saya tiada nilainya berada di situ," tulisnya lagi.

  • Seorang guru yang juga warden asrama kongsi kisah buat 'spotcheck' di asrama pelajar perempuan.
  • Banyak barang larangan dirampas daripada pelajar seperti handphone, powerbank dan alat solek.
  • Pelajar benci sebab guru tersebut tidak memulangkan barang kepunyaan mereka.
  • Mereka seolah-olah memusuhi guru berkenaan malah menceritakan kepada guru-guru yang lain.
  • Guru tersebut sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh pelajar.

Di akhir perkongsian, guru berkenaan memohon doa dan nasihat orang ramai agar pelajar-pelajarnya berubah menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan kata-kata semangat selain menzahirkan simpati terhadap nasib guru berkenaan yang tetap menjalankan tanggungjawab demi menjaga disiplin pelajar.

Tidak kurang juga ramai yang menasihatkan para pelajar agar dapat memahami bahawa setiap teguran dan tindakan disiplin dilakukan demi kebaikan serta masa depan mereka sendiri.

Artikel Lain