suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azar Azmi menangis dapat berlakon, Sharnaaz Ahmad ucap ‘welcome back’

Video penuh emosi Azar tiba di lokasi penggambaran mencuri tumpuan ramai.

PELAKON Azar Azmi dilihat tidak dapat menahan air mata apabila kembali semula ke lokasi penggambaran selepas lebih tujuh tahun tidak berlakon.

Malah Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, mengakui gementar memulakan aksi di hadapan kamera bagi watak Fauziah dalam drama Bulan Henti Bicara.

"Saya gementar, takut. Saya sedih," ucapnya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Bambam Studios.

Azar akui gementar sebelum kembali berlakon. 

Pelakon itu mengambil masa duduk seketika di dalam kereta sebelum dia melangkah keluar ke set drama berkenaan.

Momen penuh emosi itu mencuri tumpuan ramai selain mendapat tanda sokongan peminat yang merindui lakonan Azar.

Tidak kurang juga, ada yang berharap agar kerjaya seni Azar terus berkembang selepas dia mengambil tempoh rehat panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi guna duit sumbangan Aliff Syukri langsai hutang suami, bukan bayar ikat jamin seperti didakwa 

ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn hulur bantuan waktu sukar… Dapatlah Azar Azmi beli ayam goreng untuk anak

"Ramai sayang awak, jangan rasa terbuang. Kami semua sokong. Semoga terus berjalan dan bersinar dalam kerjaya," komen seorang peminat.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang menulis komen ringkas mengucapkan selamat kembali buat Azar.

"Welcome back, champ," ujarnya.

Azar dalam drama terbaharu berjudul Bulan Henti Bicara. 

Azar sebelum ini menghilang daripada dunia lakonan selepas dia mendirikan rumah tangga pada 2021.

Bercakap mengenai drama Bulan Henti Bicara, selain Azar, drama terbitan Treputree Sdn Bhd turut menampilkan pelakon lain seperti Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Ali Reza dan Farah Ahmad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain