PELAKON Catriona Ross tampil menjawab persoalan netizen yang mendakwa kononnya golongan pempengaruh media sosial mampu hidup mewah dengan mudah tanpa perlu melakukan banyak kerja.Menjelaskan perkara tersebut, Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 46, memberitahu setiap proses penghasilan kandungan video di media sosial memerlukan usaha yang tinggi. Baginya, setiap proses yang dilalui itu memakan masa yang panjang dan ia tidak semudah seperti yang dijangka apabila melihat hasilnya.Catriona anggap membuat ‘content’ memerlukan usaha yang tinggi."Bila video siap, beri kepada klien dan mereka minta semak serta sunting semula. Ambil masa lagi."Edit video bukan 2 hingga 3 jam. Awak tidak tahu proses keseluruhan. Perlu usaha yang tinggi," katanya membalas satu hantaran di laman Threads.Sebagai seorang yang juga aktif menghasilkan kandungan media sosial, Catriona berpendapat tidak semua perkara perlu ditunjukkan kepada pengikut.Pelakon itu dalam masa sama turut menceritakan secara ringkas tentang proses yang dilalui dalam penghasilan sesebuah video bagi tujuan promosi produk atau reviu.Catriona bidas kenyataan netizen di Threads."Awak tidak nampak apa yang kami tidak tunjuk. Mesyuarat dengan klien makan masa beberapa jam, kami rakam video berjam-jam, edit berhari-hari."Segala usaha yang kami buat," jelasnya.Sebelum itu, seorang pengguna media sosial bertanya pendapat ramai tentang pendapatan yang diperoleh kebanyakan pempengaruh di Malaysia.Individu berkenaan berpendapat rata-rata mereka yang aktif di media sosial sering mengamalkan gaya hidup mewah namun dilihat tidak bekerja seperti kebanyakan orang lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!