SIKAP selebriti yang suka bersaing secara tidak sihat sehingga sanggup menikam rakan artis lain merupakan satu perbuatan yang tidak wajar.Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, aktor Zul Ariffin, 40, berkata setiap pelakon haruslah mempunyai semangat kerjasama dan membina hubungan baik antara satu sama lain. “Saya memang tidak suka budaya pelakon ‘makan’ pelakon lain sejak dahulu lagi. Saya lebih selesa bekerja secara kolaboratif kerana saya mahu membina hubungan kerja yang panjang dengan semua pelakon.“Saya sendiri pernah berada di tempat mereka suatu ketika dahulu. Saya tahu bagaimana rasanya. Zul akui pernah hadapi perkara yang sama ketika baru memasuki industri.“Sebab itu saya berjanji dengan diri sendiri, jika suatu hari nanti saya menjadi pelakon senior, saya tidak mahu melayan pelakon baharu seperti mana yang pernah saya alami,” katanya kepada mStar.Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala The Furious: Pertaruhan Maruah di MidValley, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengulas mengenai sikap segelintir pelakon yang sentiasa mahu menyerlahkan diri sendiri, Zul menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya kena tegas” - Zul Ariffin tak maafkan komen hinaan “Kalau ada pelakon yang terlalu mahu menonjol atau cuba ‘makan’ pelakon lain, sebenarnya tidak sukar untuk membalas semula. Namun akhirnya suasana kerja menjadi janggal.“Penonton melihat kita sebagai satu pasukan. Jika seseorang itu terlalu mahu menyerlah seorang diri, pada saya dia bukan seorang ‘]team player,” ujarnya.Zul amalkan konsep kerja berpasukan dalam kerjaya seninya.Berkongsi pengalamannya berhadapan dengan isu berkenaan, Zul berkata dia lebih mengalah dan memilih untuk bekerja dalam suasana tenang. “Saya okey sahaja. Kalau dia mahu sangat, saya biarkan sahaja. Saya tidak suka melawan ego orang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan lelaki kerana selalunya akan berlaku pertembungan ego.“Kalau dia mahu semua perhatian, silakan. Kalau mahu ‘spotlight’ kepada dia pun tidak mengapa. Bagi saya, terpulanglah. “Saya lebih suka bekerja dalam suasana yang tenang. Apabila selesai bekerja, saya hanya mahu pulang dan berehat,” tambahnya.TONTON VIDEO PILIHAN!