PELAKON Zul Ariffin mengakui tindakannya memuat naik video memaparkan dia sedang merokok di Threads adalah satu tabiat buruk dan tidak sepatutnya dicontohi masyarakat.Menurut Zul atau Zulkifli Ariffin, 40, dia tidak pernah berniat untuk mempromosi atau menggalakkan orang ramai mengikut gaya hidup tidak sihat sebegitu. “Perkara itu adalah tabiat buruk yang tidak digalakkan dan tidak dipromosikan oleh saya. Video itu cuma saya duduk ambil angin, minum kopi.Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Tiba-tiba datang entah dari mana ucap tahniah kepada saya. Tahniah itu sarkastik.“Jadi bila kau mula dengan sarkastik, saya balas balik. Itulah yang keluar dan tular,” katanya kepada mStar. Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Gala The Furious Pertarungan Maruah di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Dalam masa sama, Zul turut memohon maaf kepada semua pihak yang menegurnya secara baik berhubung perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin perasan komen nakal netizen, mahu kekal imej sado... “Setakat ini tidak ada yang mengarut pun”ARTIKEL BERKAITAN: Segar mata netizen lihat badan sasa Zul Ariffin, ramai wanita ‘cuba nasib’“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya tentang perbuatan itu sepanjang saya menggunakan media sosial.“Kepada semua yang tegur secara baik, saya minta maaf. Saya rasa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tidak ada sebut apa-apa, tapi tak apa, kita masukkan KKM sekali,” ujarnya. Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak akan memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen keterlaluan dan bersifat menghina di media sosial. Jadi bila kau mula dengan sarkastik, saya balas balik.ZUL ARIFFINPELAKON“Saya takkan minta maaf kepada penunggang agama atau kesihatan itu.“Saya takkan minta maaf kepada semua orang yang komen buruk-buruk dan melampau dalam Threads. Saya kena tegas tentang benda macam ini.“Kalau kau orang komen macam itu, itu menggambarkan akhlak kau orang, bukan akhlak saya,” katanya.Dalam pada itu, Zul memberi jaminan perkara sama tidak akan berulang lagi.Hantaran Zul di Threads mengundang kecaman ramai. “Benda itu saya akui sebagai bad habit dan perkara itu takkan berlaku lagi. Tak payahlah huru-hara sangat,” katanya.Terdahulu, hantaran Zul di Threads memaparkan dirinya sedang merokok mencetuskan pelbagai reaksi netizen.Apa yang lebih mencuri perhatian apabila akaun Public Health Malaysia turut meninggalkan komen menegur tindakan pelakon itu kerana dianggap memberi publisiti percuma kepada syarikat rokok.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!