suria

Perkongsian Sweet Qismina buat ramai sebak, doa hamil tahun ini

Sweet berdoa supaya dapat menimang cahaya mata pada tahun ini.

HANTARAN pelakon Sweet Qismina di laman Threads menyentuh hati peminat apabila secara terbuka menzahirkan impian dan harapan untuk dikurniakan rezeki cahaya mata.

Bukan sahaja buat dirinya, malah Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, turut mendoakan perkara sama buat wanita yang sedang berjuang mendapatkan zuriat atau biasa dengan istilah TTC (trying to conceive).

"Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan TTC dapat hamil," katanya ringkas di laman Threads pada Selasa.

Hantaran Sweet di halaman Threadsnya. 

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti yang rata-ratanya mendoakan agar urusan isteri kepada aktor Adam Lee itu dipermudahkan.

"Saya doakan Sweet dan ibu-ibu lain semua hamil bulan dan tahun ini juga.

"Saya doakan Sweet dan kawan-kawan TTC lain hamil tahun ini. Doakan saya selamat melahirkan bayi yang sihat. TTC sudah enam tahun," katanya.

Malah, ada juga dalam kalangan peminat menzahirkan rasa sedih selepas menonton babak dalam drama Bayangan Lelaki Sempurna lakonan Sweet dan Adam Lee yang memperlihatkan aktor itu mengusap perut isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dan saiz tak boleh diubah, Sweet Qismina kongsi cabaran pelakon ‘stuck’ dalam imej kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina sedih baca berita kehilangan orang tersayang... "Ambillah masa untuk reda"

"Tengok Adam usap-usap perut awak dalam drama semalam. Rasa terharu dan saya doakan Sweet juga akan hamil tidak lama lagi.

"Bahagian paling sedih dalam drama Bayangan Lelaki Sempurna itu ialah babak Adam usap perut dan bercakap dengan perut Sweet. Berkaca juga mata ini. Saya doakan Sweet dikurniakan malaikat kecil," ujar netizen.

Untuk rekod, Sweet sah bergelar isteri kepada Adam pada 24 Oktober 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain