PELAKON Sweet Qismina meluahkan rasa sedih apabila membaca atau mendengar perkhabaran seseorang yang kehilangan orang tersayang di bulan Ramadan. Bagi Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 29, ujian tersebut terlalu berat buat sesiapa sahaja yang menanggungnya. "Saya tidak kuat untuk baca berita kawan-kawan atau orang luar tentang pemergian orang yang mereka sayang. "Apa lagi di bulan Ramadan, selepas itu bulan Syawal akan tiba. Perasaan itu Allah sahaja yang tahu," luahnya. Hantaran asal yang dibuat Sweet di Threads pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah anak Amyza Aznan, Andre Mikhail selamat dikebumikan ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah anak yang penyayang, tak pernah tinggi suara “ - Amyza AznanSweet menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya. Dalam masa sama, Sweet turut berkongsi nasihat supaya memberi ruang kepada mereka yang berdepan kesedihan untuk kembali pulih. "Salam takziah buat semua yang sedang menghadapinya. Memang tidak akan kuat untuk kita hadap, jadi ambillah masa sebanyak boleh untuk redakan segalanya. "Semoga arwah diletakkan dalam kalangan orang-orang beriman," ujarnya. Ramai rakan artis yang terkesan dengan pemergian anak kepada Amyza.Terdahulu kisah kematian anak kepada pelakon Amyza Aznan yang meninggal dunia pada malam Isnin menyentuh hati ramai selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru. Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada pagi Selasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube