MAY, Sofea, Bloodshed, Wicitra serta Shasha and The Boys antara kumpulan rock yang cukup digilai sekitar pertengahan 1980-an hingga pertengahan 1990-an.Nama-nama ini pernah mencipta fenomena tersendiri, sekali gus mencetuskan gelombang ‘rock kapak’ yang membentuk identiti muzik generasi pada era tersebut. Terbaharu, kumpulan legenda itu bakal kembali disatukan menerusi Konsert Rock Car Park yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan di Rooftop Campbell Complex, Kuala Lumpur.Konsert Rock Car Park akan mengetengahkan persembahan muzik rock dalam suasana urban terbuka, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza berbanding format konsert konvensional yang lazim diadakan di dewan tertutup.Barisan legenda rock tempatan bakal bersatu di pentas Konsert Rock Car Park pada 9 Mei depan.Penganjuran ini bukan sahaja bertujuan menyediakan platform kepada penggiat muzik rock tempatan, malah menghimpunkan peminat daripada pelbagai generasi dalam satu acara yang penuh nostalgia dan semangat kebersamaan.Menurut Pengarah Urusan, Najmi Rahim, konsert berkenaan diyakini mampu memberi impak positif terhadap perkembangan muzik rock tempatan serta mengukuhkan semula kedudukan genre itu dalam arus perdana hiburan tanah air.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Khairul Mustaqim Zainal menegaskan acara tersebut bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi medan penyatuan komuniti rock tanpa mengira latar belakang dan generasi.ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Pentas Peluru Cokelat laris, Barbarik janji persembahan penuh tenaga dan berbaloiARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri impi konsert solo di Axiata Arena "Kami mahu menyediakan satu platform yang mempertemukan penggiat muzik rock daripada pelbagai generasi, di samping menghimpunkan peminat dalam satu pengalaman yang segar dan bermakna."Kami sedar kemungkinan cuaca hujan pada malam konsert. Justeru, aspek keselamatan menjadi keutamaan kami, terutamanya melibatkan struktur pentas dan peralatan elektrik."Alhamdulillah, selepas perbincangan bersama kontraktor pentas, kami yakin tahap keselamatan berada pada paras terbaik," katanya.Penganjur optimis konsert ini mampu menyemarakkan semula semangat rock dalam industri muzik tempatan.Tambah Khairul, acara yang akan bermula pukul 4 petang itu menyasarkan 5,000 peminat rock. "Kami sangat optimis dan memyasarkan kehadiran sehingga 5,000. Jumlah ini selari dengan kapasiti maksimum lokasi konsert," katanya.Tiket yang dijual bermula dengan harga RM100 sehingga RM289 itu sudah dijual di platform dalam talian Ticket2u sejak 12 Februari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube