suria

Ernie Zakri impi konsert solo di Axiata Arena

Ernie sasar mahu buat konsert solo di Axiata.

PENYANYI, Ernie Zakri berkongsi rasa teruja dan bersemangat untuk mengadakan konsert solo berskala besar, khususnya di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebagai salah satu impian yang sudah lama disimpannya.

Menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, menyanyi di Axiata Arena adalah satu pengalaman yang berbeza, apatah lagi untuk konsert solo yang mampu memuatkan 10,000 penonton.

“Sudah tentu menyanyi di Axiata Arena merupakan salah satu impian. Pernah menyanyi di sana tapi untuk buat solo konsert di sana satu perasaan sangat berbeza sebab boleh memuatkan 10,000 orang. 

Ernie harap impian membuat konsert solo buat dirinya dipermudahkan.

"Menyanyi masa konsert Rossa dulu pun saya boleh rasa. Ini salah satu impian saya, apatah lagi di tempat lebih besar. Tapi untuk sekarang ini adalah goals saya.

“Semoga direstui dan diperkenankan doa saya, insya-Allah,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ernie turut menekankan setiap persembahan memerlukan perancangan rapi, dan pengalaman konsert sebelum ini menjadi input berharga untuk persembahan akan datang.

Justeru, penyanyi itu enggan memberi sebarang janji bila konsert solonya akan diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau bukan penyanyi, Ernie Zakri nak jadi pramugari… Mahu layani penumpang ‘business class’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak lupa asal usul, masih utamakan penggiat seni tempatan... "Saya bangga dengan produk muzik kita"

“Siapa tak nak buat konsert di Axiata Arena atau konsert yang berskala besar? Tapi ia harus dibuat dengan sangat teliti. 

"Bila merasa buat satu konsert, banyak perkara yang saya dah belajar. Banyak input saya kena letak untuk konsert saya seterusnya. 

"Sebab itu tak boleh janji tahun depan atau dua tahun lagi konsert saya seterusnya. Tapi akan ada solo konsert atau showcase kerana saya akan keluar album tahun depan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain