suria

“Permudahkanlah perjalananku untuk bertemu buat kali terakhir” - Haqimi Rosli tempah tiket penerbangan untuk tatap wajah arwah bapa tiri

Haqimi merupakan anak tiri kepada pelakon Papa Rock.

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Haqimi Azim Rosli yang kini berada di Bangkok, Thailand bergegas pulang ke tanah air untuk menatap wajah bapa tirinya yang juga pelakon Allahyarham Daddy Rock buat kali terakhir. 

Dalam hantaran terbaharu yang dimuat naik di InstaStory miliknya, Haqimi memuat naik foto berada di lapangan terbang selepas berada di negara itu bagi aksi penentuan hidup mati Kumpulan B (Bawah 23), Sukan Sea menentang Vietnam Khamis ini.

Haqimi kini berada di lapangan terbang di Bangkok untuk pulang menatap wajah arwah bapa tirinya. 

"Ya Allah, permudahkanlah perjalananku untuk bertemu dengannya buat kali yang terakhir ini," katanya beserta emoji menangis. 

Jenazah Daddy Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd Shahril, 51, akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor serta dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong. 

ARTIKEL BERKAITAN: Daddy Rock meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Daddy Rock cari peluang berniaga, sedih hilang pendapatan selepas jatuh sakit... Tiada lagi tawaran lakonan

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada pagi Selasa selepas tiga hari sambutan ulang tahun kelahiran, Sabtu lalu.

Terdahulu, Allahyarham ditidurkan pada Ahad berikutan kedua-dua kakinya tidak lagi berfungsi akibat darah beku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain