suria

[V] Daddy Rock cari peluang berniaga, sedih hilang pendapatan selepas jatuh sakit... Tiada lagi tawaran lakonan

PELAKON veteran Shahrul Azman atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock berhasrat mencari peluang menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan.

Sudah tiada pendapatan tetap, Shahrul atau Shahrul Azman Mohd Shahril, 50, berharap perniagaan itu dapat membantu meringankan bebannya dalam meneruskan kehidupan.

"Sekarang saya sedang memikirkan untuk memulakan perniagaan. Saya tiada pendapatan. Saya kena meniaga, sekurang-kurangnya ada la juga pendapatan sendiri.

Shahrul perlu mencari pendapatan untuk meneruskan hidup.

Shahrul perlu mencari pendapatan untuk meneruskan hidup.

"Mana-mana individu yang beri sumbangan itu terpulanglah. Untuk teruskan hidup saya kena berniaga, saya akan cuba untuk mencari mana-mana peluang yang ada," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahrul memberitahu dia kini tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mungkin disebabkan masalah kesihatan.

Meskipun tiada pendapatan tetap, pelakon filem Jangan Pandang Belakang ini tetap bersyukur kerana menerima bantuan daripada beberapa pihak termasuk pusat zakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar bertutur tapi Dwan Olan masih mampu menyanyi... Isteri mahu jual semua koleksi gitar

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun buta, penglihatan Iqbal Mazlan masih belum pulih... Sebak hilang kawan dan tiada kerja

"Kos rawatan masalah jantung ini agak membebankan tapi saya bersyukur kerana dapat juga bantuan daripada kerajaan, pusat zakat. Walaupun tidak banyak tetapi dapatlah meringankan sedikit beban.

"Saya pun sekarang tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mungkin disebabkan tahap kesihatan saya. Rindu juga saya nak berlakon... Kalau diberi peluang untuk berlakon yang tidak ada babak aksi, saya okay.

"Tapi keadaan saya sekarang tidak seperti dulu. Itulah yang membuatkan saya sedikit sedih. Pendapatan pun sudah tidak ada sekarang," ujarnya.

Saya tiada pendapatan. Saya kena meniaga, sekurang-kurangnya ada la juga pendapatan sendiri.

DADDY ROCK

PELAKON

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Shahrul berkata dia sering berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan masalah jantungnya itu.

"Saya baru dua hari lepas keluar dari hospital. Saya mengalami masalah jantung. Sepatutnya tempoh hari nak buat pembedahan jantung tetapi ia ditangguhkan.

"Kalau ikutkan kes penyakit saya ini pelik sikit. Saya sebenarnya ditahap kritikal tetapi Allah masih beri peluang untuk teruskan hidup.

"Masalah kesihatan saya umpamanya tidak pernah selesai. Boleh dikatakan setiap tiga bulan masuk hospital, jantung saya memang terlalu lemah," jelasnya.

Shahrul berkongsi kerap menerima rawatan di hospital.

Shahrul berkongsi kerap menerima rawatan di hospital.

Pada Oktober 2021, Shahrul menjalani proses memasukkan sten di pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam bagi mengembangkan saluran darah yang tersumbat supaya jantungnya boleh berfungsi semula.

Pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana mendapat bantuan kerajaan bagi menampung kos pembedahan tersebut.

Kata Shahrul, dia perlu menjalani pembedahan di pusat perubatan swasta dan lega kerajaan ada menyediakan skim bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan syarat-syarat tertentu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain