suria

Sukar bertutur tapi Dwan Olan masih mampu menyanyi... Isteri mahu jual semua koleksi gitar

SELEPAS diserang angin ahmarpada Mac 2022, penyanyi Dwan Olan menerima takdir apabila dia lumpuh sebelah kiri badannya hingga menjejaskan pertuturan.

Selain diserang angin ahmar, buah pinggangnya juga dilaporkan bocor selain mengalami masalah pertuturan.

Meskipun sukar untuk bertutur namun isterinya iaitu Zarina Anuar memberitahu Dwan mampu menyanyi dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Selepas suami kena serang angin ahmar dulu badannya sebelah kiri lumpuh tapi sekarang dah okay sedikit selepas melakukan beberapa rawatan.

“Yang peliknya dia tidak boleh bercakap dengan baik tapi menyanyi lancar dan hafal semua lirik lagu popular dia, doktor cakap sebab pembuluh darah otaknya pecah jadi itu faktor dia jadi macam ini dan lirik itu sudah bermain dalam fikiran dia,” kata Zarina kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi Dwan di kediamannya bertempat di Kuala Selangor bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi