suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah 6 tahun kahwin tapi macam pengantin baharu, Fasha Sandha syukur dapat suami tenang orangnya... Doa hubungan sampai akhir hayat

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa bersyukur kerana dia dan suami iaitu Aidil Aziz berjaya melalui tempoh fasa pertama alam perkahwinan.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata sepanjang melalui tempoh itu suaminya banyak memainkan peranan menjernihkan hubungan memandangkan emosinya itu kadang-kadang tidak menentu.

“Enam tahun berkahwin ini semua pinjaman daripada Allah, cuma harap ia berkekalan hingga akhir hayat kerana paling penting sama-sama mengenali serta terima kekurangan pasangan.

“Saya beryukur kerana mempunyai suami yang sangat tenang dalam semua perkara dan mengajar saya untuk menjadi orang lebih tenang.

“Biasalah wanita ni kadang-kadang emosi tidak menentu, tapi Alhamdulilah... anak-anak pun membuatkan kami lebih rapat,” kata Fasha kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi