suria

Janda anak empat tak putus asa mesej Siti Elizad tawar diri jadi madu... “Suami perlu jaga dia dan saya pergi kerja”

PELAKON Siti Elizad Shariffudin mendedahkan masih ada wanita tidak dikenali menghubunginya meminta izin untuk bermadu dan menjadi isteri kedua suaminya.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, ini bukan kali pertama wanita berkenaan membuat permintaan itu malah banyak kali berlaku.

Malah, individu berkenaan akan menghantar mesej itu setiap kali dia memuat naik gambar bersama suami di Instagram.

“Mungkin ada yang dengar dan cakap betul ke ada orang minta untuk jadi isteri kedua, itu adalah betul ya malah pelik dekat media sosial sekarang ni makin berani pula ya wanita diluar sana.

“Wanita tu minta untuk jadi isteri kedua sebab dia cakap saya tak boleh bagi anak, dia yakin sebab sudah ada empat orang anak dan hanya minta suami jaga dia serta anak-anak saja.

“Agak terkedu juga soalan tu sebab bukan kali pertama malah baru-baru ini pun ada lagi dia mesej, saya okay saja kalau nak sangat cuba la mesej suami saya,” kata Elizad kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi