suria

Peminat kata tak kelakar kalau kurus, Man Raja Lawak jaga badan sebab kesihatan... “Nak tengok Man dulu, tengok ulangan”

PELAWAK Man Raja Lawak memberitahu ada peminat yang mahukan dia kembali kepada bentuk badan gempal kerana dikatakan nampak lebih kelakar.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, bagaimanapun berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana dia selesa dengan penampilan terbaharu ini kerana bukan mudah untuk mendapat bentuk badan diidamkan.

“Saya sekarang ini kalau boleh nak kekalkan badan sekarang ni sebab banyak baju saya yang besar sudah beri pada orang lain dan sekarang ni saya sudah hentikan main gym untuk bina badan kerana itu adalah projek saja.

“Yang paling penting kesihatan sebenarnya tu sebab saya nak kurus, bila usia 47 tahun ni risau banyak penyakit yang datang nanti jadi baik saya berjaga-jaga.

“Kalau ikutkan sama saja macam dulu, saya masih lagi kelakar walaupun dah lain kurus, ada peminat minta saya gemukkan balik badan sebab itu lebih kelakar, kalau nak tengok saya yang dulu mungkin bole tonton siaran ulangan kerana Man yang dulu mungkin tiada lagi. “Kata Man kepada mStar mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi