suria

Kembali single, Taufiq Hanafi dah tak kenal Anim Ezzati... “Kalau boleh aku nak lupakan”

HUBUNGAN pelakon Taufiq Hanafi dan Anim Ezzati yang dikatakan sudah berakhir terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menjawab mengenai perkara, Taufiq Hanafi mengakui kini sudah berstatus single dan mahu memberikan fokus kepada keluarga dan kerjaya.

“Saya tak kenal sesiapa yang bernama itu, mungkin dalam industri kot sebab tak pernah kerja sekali dengan dia dan siapa dia tu

“Ada benda yang tak penting saya memang tak ambil tahu jadi kalau benda lepas tu memang tak ingat dan malas nak ingat.

“Status saya sekarang adalah single dan fokus sekarang ini lebih kepada betulkan diri dan fokus kepada kerjaya dan keluarga saja, kerana saya dulu pernah di fasa putus tunang jadi buat masa sekarang ini kalau tanya pasal bercinta nanti dulu kot,” kata Taufiq kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi