suria

‘Sugar mummy’ guna gambar Sarah Suhairi, sampai ada tertipu... “Saya tak scam orang”

PENYANYI Sarah Suhairi memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab untuk berhenti menggunakan foto dan namanya bagi tujuan menipu orang ramai.

Terkejut dengan kejadian ini, Sarah, 24, berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berhubung isu ini serta meminta supaya mangsa tampil membuat laporan polis.

“Ada individu diluar sana yang menggunakan gambar Sarah untuk mengatakan dia adalah sugar mummy tapi akhirnya dia tipu orang ambil duit di media sosial.

“Mungkin orang yang ditipu itu jumpa Instagram saya dan mesej pengurus saya untuk beritahu kejadian ini yang dia ditipu oleh individu menyamar sebagai saya.

“Tak tahu nak kata macam mana tapi sekarang ini saya memang akan tindakan selanjutnya dan tolonglah kepada orang yang rasa sudah ditipu itu tampil beritahu saya,” kata Sarah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi