suria

Sarah Yasmine rela imej tercalar, janji dapat dedah fasal Ruhainies

SEJAK awal minggu ini, dunia hiburan kecoh apabila seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia adalah teman wanita pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Sarah membuat pelbagai pendedahan mesej perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan seorang wanita dinamakan sebagai NRF di media sosial miliknya.

Lebih mengejutkan, insiden Aliff dicekup khalwat bersama pelakon Ruhainies juga sebenarnya lebih besar apabila Sarah mendedahkan mesej komplot menjatuhkan isterinya, Bella Astillah.

Tidak cukup dengan itu, beberapa selebriti turut terkait dengan isu tersebut seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Disebabkan itu juga timbul pelbagai spekulasi mengenai Sarah dan tujuan sebenarnya mendedahkan pelbagai perkara di media sosialnya.

mStar bertemu sendiri dengan Sarah bagi mendengar luahan dan penjelasan sebenar tuan badan mengenai isu sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Tonton video temu bual eksklusif Sarah bersama wartawan Faiz Izzat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi