suria

[V] Syasya masih artis naungan Universal Music, ada kemungkinan bergerak secara solo

PENGUNDURAN penyanyi Syasya daripada Dolla meninggalkan impak besar kepada tiga anggota lain kumpulan itu sejak awal April lalu.

Salah seorang anggotanya iaitu Tebby memberitahu ketika ini mereka masih lagi cuba menyesuaikan diri tanpa kehadiran Syasya namun perjuangan membawa nama Dolla ke peringkat lebih tinggi perlu diteruskan.

"Sebelum Syasya membuat keputusan mengundurkan diri, dia ada meluahkan hasrat itu secara bersemuka dengan kami bertiga.

dolla 12

Syasya mendirikan rumah tangga selepas meninggalkan Dolla.

"Ketika itu memang rasa sangat sedih sebab ketiadaannya bukan sahaja dirasai tetap akan membawa perubahan besar kepada Dolla.

"Walaupun Syasya tidak lagi bersama Dolla tetapi hubungan sebagai sahabat tetap kekal seperti biasa," katanya kepada mStar.

Tebby berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi sudah bernikah benar, Syasya selamat bergelar isteri pada Sabtu

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla

Selain Tebby, Dolla turut dianggotai oleh Sabronzo dan Angle.

Dalam pada itu, Sabronzo turut menyangkal dakwaan Syasya meninggalkan Dolla disebabkan mempunyai masalah dengan anggota lain kumpulan tersebut.

Jelasnya, tidak pernah wujud sebarang masalah peribadi di antara mereka sebaliknya menegaskan keputusan Syasya meninggalkan Dolla hanya disebabkan mahu berkahwin.

Kami sentiasa memberi sokongan dan menghormati keputusan dia

SABRONZO

DOLLA

"Tiada sebarang masalah antara kami. Semua sudah tahu sebab dia undur diri (berkahwin).

"Sejak awal penglibatan sebagai girl band kita tahu masing-masing akan ada perancangan tersendiri termasuk berkahwin.

"Siapalah kami untuk beritahu Syasya ini bukan masa terbaik.

dolla 13

Perjalanan kerjaya Dolla diteruskan tanpa Syasya.

"Kami sentiasa memberikan sokongan dan menghormati keputusan dia. Kami gembira sekiranya keputusan itu buat dia bahagia," ujarnya.

Tambah Tebby, ketiadaan Syasya juga akan memberi kesan kepada persembahan Dolla kerana mereka kini perlu mengisi kekosongan ditinggalkan penyanyi berkenaan.

"Kami sedang membiasakan diri membuat persembahan bertiga malah pihak pengurusan juga sudah melakukan susunan semula lagu kami supaya sesuai untuk situasi sekarang.

dolla 14

Dolla cuba biasakan diri buat persembahan tanpa Syasya.

Sementara itu, pengarah urusan UMM, Kim Lim menjelaskan Syasya masih mempunyai kontrak bersama syarikat rakaman tersebut dan tidak menolak jika dia akan bergerak secara solo.

"Setiap anggota Dolla menandatangani kontrak secara individu. Syasya memaklumkan dia mahu undur diri lebih kurang dua minggu sebelum pengumuman dibuat.

"Kita tak boleh janji sama ada Syasya akan bergerak secara solo sebab semuanya bergantung kepada perbincangan.

"Buat masa sekarang dia mahu berehat buat sementara waktu," katanya.

Syasya mengundurkan diri secara rasmi daripada Dolla pada 8 April lalu manakala pada 21 April penyanyi berusia 23 tahun itu melangsungkan perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain