suria

Dedah wajah individu kutuk suami di IG, rupanya akaun palsu... Isteri Caprice mohon maaf

Elis tidak menyangka gambar yang digunakan akaun tersebut adalah gambar palsu.

ISTERI kepada penyanyi rap Caprice memohon maaf kepada seorang pengguna di Instagram kerana bertindak mendedahkan wajah individu tersebut dalam satu hantaran di InstaStory.

Fara Inalis atau Elis berkata dia tidak menyangka gambar yang digunakan akaun tersebut adalah gambar palsu.

"Minta maaf, saya betul-betul tak tahu, gambar palsu rupanya akaun yang komen itu," katanya dalam satu hantaran di InstaStory pada Khamis.

Sebelum ini, Elis memuat naik tangkap layar mendedahkan kata-kata kecaman yang diterima dari sebuah akaun Instagram berhubung kontroversi melibatkan suaminya dan pelakon Aliff Aziz.

Untitled design

Elis membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran di InstaStory pada Khamis.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram @nabilakhuzil tampil menjelaskan gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut tanpa kebenaran.

Wanita tersebut mengakui terkejut kerana menerima banyak mesej memaklumkan berkenaan wajahnya tersebar di media sosial setelah Elis membuat hantaran tersebut.

Sedar akan kesilapan yang dibuat, Elis memuat naik satu hantaran bersama permohonan maaf dan mendoakan wanita yang sedang sarat mengandung itu selamat bersalin.

"Kesian @@nabilakhuzil jadi mangsa, tengah sarat mengandung pula itu...Semoga dipermudahkan urusan bersalin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bini Caprice nak fokus jaga anak, tak ingin tahu isu toksik Aliff Aziz - “Siapa terlibat dalam kisah ni semua bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah

Pada malam Rabu, nama Caprice menjadi perhatian apabila kekasih gelap pelakon Aliff Aziz mendakwa penyanyi rap itu dalang penyebaran gambar dan foto Bella Astillah dan Muaz Zubir di akaun TikTok Edisi Umat.

Malah wanita tersebut iaitu Sarah Yasmine mendakwa Caprice yang menyunting video berkaitan Bella dan Muaz sebelum dimuat naik ke akaun tersebut.

Tidak hanya itu, Sarah mendakwa Caprice juga yang menasihati agar Aliff tidak menceraikan Bella ketika sebutan kedua kes penceraian mereka pada 4 April lalu.

Nama Sarah mula menjadi perhatian sejak Isnin lalu selepas mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain