suria

Syamsul dan Syafiq seperti kuda sedang berlumba, Yusof Haslam bangga anak-anak penerus legasi sebagai pengarah

syfiq2 - 1

PENERBIT Datuk Yusof Haslam tidak pernah membandingkan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Syamsul dan Syafiq sebaliknya menyifatkan anak-anaknya sebagai pengarah genius dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Yusof, 70, berkata, kedua-dua anak lelakinya itu juga bersaing secara sihat dalam menghasilkan karya filem hebat dalam usaha memartabatkan dunia perfileman tempatan.

"Prestasi antara Syamsul dan Syafiq yang saya lihat sekarang mereka diibaratkan seperti kuda yang sedang berlumba.

syfiq1 - 1

Syafiq berani dalam menghasilkan filem pelbagai genre.

"Masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Saya tidak boleh cakap Syafiq atau Syamsul lebih baik.

"Bagi saya kedua-duanya pengarah yang genius dan hebat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof turut memberitahu Syafiq lebih terbuka dalam menghasilkan filem kerana berpengalaman mengarah naskhah pelbagai genre.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya untuk 16 tahun ke atas, Syafiq Yusof pesan patuhi klasifikasi tayangan 'Sheriff'

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul ada hubungi saudara terdekat kongsi luahan hati, Yusof Haslam yakin anak akan pulang

Manakala Syamsul berkaliber dalam pengarahan filem genre seram dan aksi yang terbukti diterima baik penonton.

"Syamsul lebih kepada pengarahan filem genre seram dan aksi, memang itu kelebihan dia.

"Syafiq pula lebih terbuka dan lebih berani kalau kita lihat filem pertamanya genre psiko thriller kemudian komedi dan filem-filem fiksyen seperti Desolasi. Dua-dua ada kelebihan tersendiri," katanya.

syfiq2 - 1

Syamsul dan Syafiq masing-masing mengikut jejak langkah bapa mereka.

Yusof juga meluahkan rasa bangga apabila kedua-dua anaknya itu dapat meneruskan perjuangannya sebagai pengarah.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu arahan Syafiq iaitu Sheriff berjaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu.

Sheriff membariskan pelakon popular termasuk Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain