suria

“Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang” - Shuhada bagi pesanan ‘deep’ kepada wanita perampas

Shuhada menyelar tindakan wanita yang memusnahkan perkahwinan orang lain.

KONTROVERSI melibatkan pelakon Aliff Aziz yang dianggap tidak serik berlaku curang terhadap isterinya iaitu Bella Astillah turut memberi tamparan hebat kepada wanita lain.

Kecurangan dilakukan aktor kelahiran Singapura itu mengundang rasa kurang senang netizen sehinggalah ramai yang menulis pandangan dan komen berhubung konflik rumah tangga mereka.

Ini termasuklah bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada, 30, yang turut berkongsi pendapatnya dengan meminta wanita tidak berselindung di sebalik agama demi menutup kesalahan dibuat.

Copy of Untitled (1)

Shuhada membuat perkongsian tersebut menerusi hantara di InstaStory pada Khamis.

"Jangan tunggang agama, jangan mainkan agama Allah! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara.

"Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang, ingat itu! Sebagai perempuan yang tak kacau hak orang, nak hidup yang tak main agama, nak reda Allah," katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada Khamis.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata wanita juga berhak mencari suami yang bukan sahaja tahu ajaran agama tetapi benar-benar mengamalkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada minta maaf, komen Puteri Sarah bakal berkahwin hanya salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada minta maaf, komen Puteri Sarah bakal berkahwin hanya salah faham

"InsyaAllah dengan dorongan Allah kita semua perempuan nak imam (suami) yang tahu agama dan praktik agama dengan baik.

"Bukan kau beriya 'potray' jaga solat lima waktu, tapi belakang kau kong*** beriya," ujarnya.

Untuk rekod, Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada April 2016.

Namun mereka bercerai talak satu pada Julai tahun lalu, didakwa berpunca disebabkan kehadiran orang ketiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain