suria

“Owner kereta tangkapkan gambar”... Untung rider dapat jumpa Syamsul Yusof, siap pose atas Lamborghini

Ramai netizen memuji sikap Syamsul yang rendah diri ketika berswafoto bersama rider makanan.

LAMA menyepi daripada media sosial, terbaharu tular foto pengarah Syamsul Yusof bergambar dengan seorang penghantar makanan.

Foto dikongsi seorang pengguna TikTok itu menarik perhatian netizen kerana ia diambil sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau itu.

"Terbalik pula, owner kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu, teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini.

size NP 1 - 2024-04-26T124822.058

Syamsul sudah lama menyepi di media sosial.

"Nak buat macam mana, dia yang offer. Kita pun segan juga tapi semuanya tidak dirancang," kata pemilik akaun Tenggiling Membisu20.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Syamsul yang dilihat tidak janggal melayan peminatnya.

"Bukti Syamsul tak sombong.

"Vibe dia macam Syamsul yang peminat abang ni. Macam kawan-kawan pula," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul mungkin masih merajuk, Yusof Haslam berdoa anak terbuka hati jumpa keluarga

Dalam pada itu, timbul juga dakwaan mengatakan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.

Ia menjadi bualan netizen selepas anak kepada Kazar Saisi itu dilihat tidak aktif memuat naik hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

size NP 1 - 2024-04-26T125130.226

Netizen anggap rider makanan itu beruntung dapat bergambar bersama Lamborghini milik Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul sebelum ini mengumumkan dia bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan aktres Puteri Sarah Liyana selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Yusof sebelum ini juga pernah memberitahu Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain