suria

[V] Patuh arahan pengarah, Ameerul Asyraf tetap lakon babak intim walau dilarang isteri

MAHU memberikan komitmen terbaik dalam dunia lakonan, pelakon Ameerul Asyraf sanggup mengetepikan permintaan isteri iaitu Nurul Nasirah Khalid jika diminta untuk tidak melakonkan babak intim dalam drama.

Ini kerana sebagai pelakon, Ameerul atau Ameerul Asyraf Mohammad, 33, berkata dia harus mengikut arahan pengarah kerana mereka merupakan majikan di set penggambaran.

Sepanjang lima tahun berkecimpung dalam industri seni dia banyak memperbaiki hasil lakonan dengan mendengar arahan daripada tenaga produksi.

"Bila dekat set penggambaran memang kita akan mendengar arahan pengarah. Dialah bos. Isteri saya nombor dua.

ameerul1 - 1

Ameerul komited untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya.

"Saya sudah berada selama lima tahun dalam industri lakonan dan apabila berada di set penggambaran, kita perlu dengar arahan pengarah.

"Saya rasa sekiranya dia (isteri) meletakkan syarat apa pun sekali tetapi jika ia adalah permintaan pengarah saya tetap akan buat, walaupun isteri saya tidak mengizinkan sekali pun," katanya kepada mStar.

Ameerul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Eksklusif Drama Sangat Close Up X Lelaki Itu yang diadakan di Hadramawt Kitchen, Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ameerul mengakui isterinya ada meluahkan rasa cemburu melihat babak intim lakonnya dengan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim yang ditayangkan dalam drama Lelaki Itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameerul Asyraf kini sudah bergelar suami, rezeki mencurah-curah selepas pasang niat kahwin teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: "Ia kisah silam saya, kenapa selepas 4 tahun nak sebarkan video itu?" - Ameerul Asyraf

Kata Ameerul, isterinya merajuk gara-gara melihat babak bersentuhan yang dilakonkan olehnya bersama aktres berkenaan.

"Pada mulanya isteri saya memang cemburu dan tak boleh tengok babak intim saya dengan Sarimah. Dia ikut saya pergi set penggambaran.

"Balik rumah dia merajuk kerana kami berlakon terlampau mesra tapi saya jelaskan kepadanya sebagai seorang pelakon saya perlu membawa watak dengan baik.

Bila dekat set penggambaran memang kita akan mendengar arahan pengarah. Dialah bos.

AMEERUL ASYRAF

PELAKON

"Apa yang saya lakonkan itu atas permintaan pengarah sendiri. Pengarah perlukan babak daring dan saya juga perlu bersentuhan dengan Sarimah," ujarnya.

Memegang watak sebagai Imran yang merupakan 'anak ikan' kepada Qaidah lakonan Sarimah, kemunculan Ameerul pada mulanya menerima kritikan hebat daripada penonton.

Malah, dia mengakui terasa hati apabila ada yang membandingkan dirinya dengan pelakon lelaki lain termasuk Nadhir Nasar, Hun Haqeem dan Meerqeen.

ameerul2 - 1

Ameerul (paling kiri) bersama barisan pelakon drama Lelaki Itu.

"Awal-awal dulu saya sedih juga kerana dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain. Saya rasa kak Erma seorang penerbit yang bukan jenis tangkap muat.

"Bagi saya bila penonton sudah terlalu didedahkan dengan wajah-wajah seperti artis Korea, jadi wajah Melayu seperti saya ini tidak diberikan peluang.

"Jadi peluang yang kak Erma berikan ini saya mahu gunakan dengan baik," katanya.

Untuk rekod, Ameerul bernikah dengan Nasihah pada 23 Disember tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) Kuala Lumpur berwalikan wali hakim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain